awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parkson Vietnam fail kebankrapan sukarela

Bernama
Bernama
27/04/2023
13:29 MYT
Parkson Vietnam fail kebankrapan sukarela
Parkson Holdings berkata Parkson Vietnam mempunyai sejarah beroperasi dalam kerugian. - Facebook / Parkson Vietnam
KUALA LUMPUR: Subsidiari milik secara tidak langsung Parkson Retail Asia Ltd (PRA), Parkson Vietnam Co Ltd telah memfailkan permohonan mahkamah di Ho Chi Minh City, Vietnam untuk memulakan prosiding kebankrapan sukarela.
PRA adalah subsidiari milik 67.96 peratus Parkson Holdings Bhd.
Parkson Holdings berkata Parkson Vietnam mempunyai sejarah beroperasi dalam kerugian, "dengan kerugian itu dikompaun sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan persekitaran perniagaan yang mencabar akibat pandemik Covid-19."
"Khususnya, kekurangan sokongan daripada tuan tanah Parkson Vietnam seperti rebat sewa yang sepatutnya boleh diabaikan atau dikurangkan semasa penutupan pandemik apabila operasi kedai Parkson Vietnam dihadkan telah memberi kesan buruk kepada kewangannya.
"Cukai tanah tinggi yang dikenakan oleh kerajaan tempatan juga telah menambah kepada masalah kewangan Parkson Vietnam," kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Oleh itu, kumpulan itu telah menilai serta memuktamadkan bahawa operasi di Vietnam tidak boleh dilaksanakan secara komersial dan telah menentukan bahawa ia akan menjadi kepentingan terbaik Parkson Vietnam untuk memfailkan permohonan itu.
Ini sejajar dengan tumpuan kumpulan terhadap operasinya di Malaysia, yang mana ia kekal optimistik terhadap prospek pasaran keseluruhan, katanya.
Permohonan kebankrapan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan di Vietnam, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parkson
#Vietnam
#bankrap
#Parkson Holdings
#perniagaan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan