KUALA LUMPUR: Pasaran aset digital Malaysia dikawal dengan baik untuk menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab dalam ruang aset digital dan pada masa sama memastikan kepentingan pelabur dilindungi, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Setakat ini terdapat empat pengendali Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar iaitu MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd, Luno Malaysia Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.
DAX adalah platform elektronik yang memudahkan perdagangan aset digital, membolehkan pelabur memperdagangkan aset digital yang dibenarkan seperti Bitcoin, Ether, Ripple, Litecoin dan Bitcoin Cash.
Dagangan aset digital pada platform DAX terbuka kepada semua pelabur.
"Kami melihat ini sebagai ruang untuk kepelbagaian dalam pelaburan, perlindungan lebih besar untuk pelabur yang memerlukan lebih banyak penelitian oleh pengawal selia bagi membolehkan rakyat Malaysia mempunyai pilihan pelaburan lebih luas," katanya semasa Taklimat Media di DAX, pada Khamis.
Pasaran digital yang dikawal selia di Malaysia agak kecil dengan purata volum dagangan kurang daripada satu peratus volum dagangan Bursa Malaysia atau RM16 juta secara purata setiap hari.
SC menasihatkan pelabur untuk memilih pasaran yang dikawal selia bagi memastikan aset mereka dilindungi.
"Dalam persekitaran yang terkawal, mereka perlu melalui proses permohonan yang teliti untuk mendapatkan lesen bagi memastikan perlindungan pelabur dan jika berlaku kesilapan, pelabur boleh mendapatkan penyelesaian dengan SC mengikut undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
SC menasihatkan pelabur untuk memilih pasaran yang dikawal selia bagi memastikan aset mereka dilindungi.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Johor Plantations dapat kelulusan SC untuk penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia
Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.
SC cela juruaudit kerana pelanggaran piawaian pengauditan
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Nexia SSY PLT (AF 2009) dan rakan kongsi auditnya, iaitu Michelle Yong Voon Sze dan Jayapalasingam Kandiah.
Dagangan orang dalam: Bekas CEO PKNP, Perak Corp didenda RM3.56 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa, diperintahkan untuk membayar sebanyak RM3.56 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Bekas pegawai bank didakwa jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen
Seorang bekas pegawai bank didakwa di dua Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal daripada SC.
SC, Bursa Malaysia beri jaminan asas pasaran saham kekal kukuh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd memberi jaminan kepada pelabur bahawa asas pasaran saham Malaysia kekal kukuh.
SC lantik dua ahli lembaga baharu
SC mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Ahli Lembaga untuk tempoh dua tahun.
Aduan berhubung penipuan, kegiatan tidak berlesen meningkat ketara sejak pandemik - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati aduan dan pertanyaan mengenai kegiatan tidak berlesen serta penipuan meningkat ketara sejak pandemik COVID-19 melanda pada 2020.
SC beri amaran kepada orang ramai berhubung penggunaan nama, logonya tanpa kebenaran
Dua syarikat dikenal pasti menggunakan nama dan logo SC dalam bahan promosi mereka untuk produk pelaburan amanah tunai tanpa kebenaran.
SC larang rakan kongsi audit KC Chia & Noor mengaudit selama setahun
SC dalam kenyataan hari ini berkata, AOB turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 kepada Chia dan RM25,000 kepada Tai.