awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan niaga hadapan serantau

Bernama
Bernama
14/11/2024
13:30 MYT
Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan niaga hadapan serantau
Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 845.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 677.00 sen sekilogram. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh jangkaan terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnya dan pemotongan kadar faedah tambahan di Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menunggu petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.
"Bagaimanapun, kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit (lebih rendah) berbanding dolar AS dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli global yang terhad," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dilaporkan Bank Rakyat China dijangka membuat keputusan mengenai kadar utama pinjamannya minggu depan kerana Beijing mungkin akan mendedahkan lebih banyak langkah rangsangan di dua mesyuarat utama pada Disember.
Peniaga itu memetik Biro Statistik Buruh Jabatan Buruh AS yang mengumumkan indeks harga pengguna (IHP) meningkat 0.2 peratus pada Oktober untuk bulan keempat berturut-turut dan meningkat 2.6 peratus pada asas tahunan, memastikan Rizab Persekutuan AS berada di landasan yang betul bagi mengurangkan kadarnya pada mesyuarat seterusnya Disember.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 5.0 sen kepada 849.50 sen sekilogram, manakala harga susu getah pukal meningkat 3.0 sen kepada 673.00 sekilogram.
Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 845.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 677.00 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengguna
#rizab persekutuan
#pasaran getah
#dasar monetari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan