awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup rendah

Bernama
Bernama
05/06/2024
13:47 MYT
Pasaran getah ditutup rendah
Harga LGM bagi SMR 20 turun 3.5 sen kepada 808 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 1.5 sen sekilogram kepada 781.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan penurunan harga minyak mentah di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata harga minyak turun sedikit hari ini dan berlegar berhampiran paras terendah dalam tempoh empat bulan apabila negara-negara OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan bekalan pada akhir tahun ini manakala kenaikan stok minyak mentah dan bahan api AS menambahkan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan berikutan pertumbuhan ekonomi yang mula mereda.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika dan harapan terhadap pemulihan ekonomi China manakala data ekonomi AS tidak memberangsangkan dijangka membawa kepada kemungkinan penurunan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun 3.5 sen kepada 808 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 1.5 sen sekilogram kepada 781.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak mentah
#pertumbuhan ekonomi
#pasaran getah
#kadar faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan