[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
BUSINESS

Pasaran getah ditutup rendah pada harga yang lebih kukuh

Bernama 02/05/2025 | 12:45 MYT
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 susut 7.5 sen kepada 738.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 5.0 sen kepada 609.0 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Pada 4.33 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2765/2825 berbanding dolar AS ketika ditutup pada Rabu pada 4.3130/3185.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap pengetatan bekalan getah asli di tengah-tengah keyakinan baharu yang menyelubungi rundingan perdagangan China dan AS.
Katanya, agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan banjir kilat di selatan negara itu bermula 2 hingga 7 Mei, yang boleh menjejaskan bekalan getah.
Selain itu, harga minyak meningkat pada Jumaat, semakin pulih daripada penurunan baru-baru ini selepas China berkata negara itu terbuka kepada rundingan perdagangan, mungkin menandakan kesediaan Beijing untuk menyambung semula rundingan.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 susut 7.5 sen kepada 738.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 5.0 sen kepada 609.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA
#banjir kilat #hujan lebat #harga minyak #pasaran getah