awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup rendah selepas AS umum kenaikan tarif

Bernama
Bernama
03/04/2025
14:00 MYT
Pasaran getah ditutup rendah selepas AS umum kenaikan tarif
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 turun 17.5 sen kepada 852.5 sen sekilogram manakala harga lateks secara pukal turun sebanyak 5.0 sen kepada 666 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 3.44 peratus kepada US$72.34 setong.
Namun, penurunan seterusnya dapat dikekang oleh data ekonomi China yang lebih positif, penyusutan ringgit berbanding dolar AS, jangkaan lebih banyak langkah rangsangan China serta bekalan getah asli (NR) yang lebih terhad daripada negara pengeluar utama getah asli susulan musim daun luruh," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun susut ke paras terendahnya pada hari ini sejak 11 Mac lepas apabila Presiden AS Donald Trump mengumumkan beberapa tarif, sekali gus menjejaskan prospek permintaan global dan perang dagangan yang berlanjutan.
Tarif import asas 10 peratus AS itu akan berkuat kuasa pada 5 April manakala tarif lebih tinggi akan bermula pada 9 April yang akan hanya meningkatkan inflasi dan kebimbangan berlakunya kemelesetan, katanya.
"Laporan juga menyatakan kemungkinan kerajaan China melancarkan lebih banyak langkah rangsangan dalam usaha mengimbangi tarif AS," kata peniaga itu.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (SMR 20) turun 17.5 sen kepada 852.5 sen sekilogram manakala harga lateks secara pukal turun sebanyak 5.0 sen kepada 666 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak mentah
#data ekonomi
#pasaran getah
#perang dagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan