awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut

Bernama
Bernama
06/09/2024
13:04 MYT
Pasaran getah ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 798.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 664.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Beliau berkata pasaran turut dirangsang oleh gangguan bekalan akibat keadaan cuaca buruk di Thailand walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) bercampur-campur.
"Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US apabila peniaga pasaran memantau petunjuk selanjutnya mengenai penurunan kadar faedah daripada data ekonomi AS terkini," kata peniaga itu kepada Bernama.
Pada 5 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.3300/3330 berbanding dolar US pada 4.3360/3400 ketika ditutup pada Khamis.
Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun naik pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian empat hari berturut-turut, didorong oleh musim hujan di pengeluar utama Thailand dan harga minyak yang lebih kukuh.
Walaupun mencatatkan kenaikan, niaga hadapan getah dijangka turun minggu depan.
Harga minyak meningkat pada awal dagangan pada Jumaat apabila pelabur melakukan pengeluaran besar-besaran dalam inventori minyak mentah AS dan kelewatan dalam pengeluaran oleh pengeluar OPEC+, berbanding data pekerjaan AS yang bercampur-campur.
Pada 5.01 petang, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.03 peratus kepada US$72.72 setong.
Harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) meningkat sebanyak 8.5 sen kepada 788.0 sen sekilogram manakala lateks pukal naik dua sen kepada 663.0 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 798.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 664.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#harga minyak
#OPEC
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan