Pasaran getah diunjur kukuh minggu depan

Bernama
Julai 18, 2015 04:12 MYT
Pasaran getah Malaysia diunjur kukuh minggu depan. - Gambar fail
Pasaran getah Malaysia diunjur kukuh minggu depan dengan ketiadaan pelbagai sentimen pasaran yang negatif, kata peniaga.
"Pertumbuhan ekonomi China yang lebih baik berbanding jangkaan menjadi prospek sokongan harga getah, ditambah pula dengan kemungkinan fenomena El-Nino yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu yang pendek sempena cuti perayaan, pasaran diniagakan bercampur-campur dalam dagangan legang memandangkan penggiat bertindak tunggu dan lihat dalam keadaan ketiadaan petunjuk baharu.
Mengikut mingguan, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik satu sen kepada 543 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut satu sen kepada 435.5 sen sekilogram.
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti sambutan Aidilfitri.
#ekonomi #Getah #pasaran getah