awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
06/03/2025
03:35 MYT
Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Menurut Rahim & Co, cabaran seperti pertumbuhan pendapatan masih menjadi perhatian utama dalam memastikan pasaran terus berkembang secara mampan. - Gambar/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.
Kejayaan ini menunjukkan ketahanan pasaran hartanah, disokong oleh beberapa faktor utama.
Berikut adalah empat pendorong utama di sebalik lonjakan ini seperti yang digariskan Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
1️⃣ Situasi ekonomi yang lebih kukuh Malaysia kini menikmati kestabilan politik dan prospek ekonomi yang lebih baik, yang meningkatkan keyakinan pengguna. Dengan populasi yang masih muda dan berkembang, permintaan terhadap hartanah kediaman kekal tinggi, menyumbang lebih 60% daripada jumlah transaksi hartanah.
2️⃣ Kadar faedah stabil Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3.0% sejak awal 2023, memberi keyakinan kepada pembeli untuk memiliki hartanah tanpa kebimbangan kenaikan kadar faedah. Keadaan ini memacu lebih banyak transaksi dalam pasaran.
3️⃣ Polisi kerajaan yang menyokong Kerajaan terus memberikan insentif termasuk pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama, selain mengekalkan kadar OPR yang stabil. Walaupun terdapat ruang untuk lebih banyak insentif dalam belanjawan akan datang, langkah-langkah sedia ada telah membantu menggalakkan pertumbuhan pasaran.
4️⃣ Perubahan demografi dan keyakinan pembeli Golongan pendapatan matang dan pembeli rumah pertama yang menangguhkan pembelian semasa pandemik kini kembali dengan keyakinan lebih tinggi.
Dengan simpanan yang mencukupi, mereka bersedia untuk memasuki pasaran, menyumbang kepada peningkatan transaksi.
Walaupun pertumbuhan pasaran hartanah dijangka lebih sederhana pada kadar sekitar 5 peratus tahun ini, ia mencerminkan perkembangan yang lebih sihat dan stabil, sejajar dengan asas pasaran.
Namun, cabaran seperti pertumbuhan pendapatan masih menjadi perhatian utama dalam memastikan pasaran terus berkembang secara mampan.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Khamis.
Topic Berkaitan
#hartanah
#Rahim & Co
#ekonomi
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan