BISNES
Pasaran modal Malaysia berjumlah RM4.2 trilion, instrumen Islam 62 peratus - SC
Mohammad Faiz berkata Malaysia menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan terbitan sukuk global. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata Malaysia menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan terbitan sukuk global.
"Kira-kira 80 peratus daripada syarikat tersenarai kami dikategorikan sebagai patuh syariah.
"Jumlah ini menyediakan platform untuk kami menguji pendedahan maklumat, perjanjian dan struktur berkaitan hasil yang selaras dengan Maqasid al-Shariah pada skala penting," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Persidangan Meja Bulat ke-16 SC dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di sini hari ini.
Mohammad Faiz berkata, apabila tanggungjawab fidusiari seiring dengan prinsip Maqasid al-Shariah -- iaitu prinsip asas panduan dalam pasaran modal Islam -- ia membentuk jangkaan yang tersusun dan diaplikasikan secara berbeza di seluruh ekosistem.
"Ahli lembaga pengarah perlu menetapkan strategi yang bukan sahaja melindungi pulangan pemegang saham, malah turut mengambil kira penggunaan sumber antara generasi untuk memastikan model perniagaan tidak mewujudkan kesukaran jangka panjang," katanya.
Mohammad Faiz menekankan bahawa pengurusan kanan bertanggungjawab untuk menterjemahkan komitmen ini kepada dasar operasi dan amalan pengurusan risiko serta menggabungkan faktor iklim dan kemampanan dalam perancangan, ujian tekanan dan imbuhan.
Sementara itu, pelabur dan pengurus dana bertanggungjawab untuk menilai pelaburan bukan sahaja dari segi pulangan kewangan malah untuk memajukan objektif syariah atau menjejaskan objektif itu.
Pihak pengawal selia pula perlu membangunkan peraturan, insentif dan pendedahan untuk menjadikan kebertanggungjawapan yang jelas dan boleh dikuatkuasakan, katanya.
Mohammad Faiz berkata Malaysia telah mencatat kemajuan, daripada sekadar menyuarakan hasrat, kepada melaksanakannya secara aktif.
"Melalui Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan, syarikat tersenarai awam di Pasaran Utama dengan permodalan pasaran melebihi RM2 bilion akan memulakan pelaporan berkaitan iklim pada tahun ini.
"Syarikat-syarikat lain di Pasaran Utama akan melaksanakan perkara yang sama pada 2026, diikuti syarikat tersenarai awam di Pasaran ACE dan syarikat besar yang tidak tersenarai pada 2027," katanya.
-- BERNAMA