awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEKEMA gesa kerajaan segera ratifikasi CPTPP

Dagang News
Dagang News
13/11/2021
22:15 MYT
PEKEMA gesa kerajaan segera ratifikasi CPTPP
PEKEMA gesa Kerajaan ambil tindakan pantas meratifikasi CPTPP bagi merancakkan kembali industri automotif negara. -Dagang News
CYBERJAYA: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menggesa Kerajaan mengambil tindakan pantas untuk meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi merancakkan kembali industri automotif negara, pasca COVID-19.
Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, melalui pelaksanaan Perjanjian ini, Malaysia bakal mendapat manfaat akses pasaran baharu di Kanada, Mexico dan Peru.
Menurutnya, PEKEMA berpandangan bahawa pembukaan pasaran baharu ini bukan sahaja memperkukuhkan kerjasama ekonomi sedia ada dengan kesemua negara tersebut.
Malah ujar beliau, ia juga memastikan eksport barangan automotif negara terutamanya produk komponen dan alat ganti menerima layanan akses pasaran yang lebih baik melalui inisiatif penghapusan cukai import ke atas barangan tersebut.
"PEKEMA berasa gusar dan khuatir dengan kelewatan Malaysia dalam meratifikasi Perjanjian CPTPP.
"PEKEMA berpandangan Malaysia telah ketinggalan agak jauh berbanding dengan Vietnam dalam perkara ini.
"Justeru, Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang berwawasan dan menguatkuasakan Perjanjian ini secepat mungkin.
''Langkah ini akan membolehkan pengeluar serta vendor PKS dalam sektor automotif, khususnya usahawan Bumiputera, kekal berdaya saing dan mendapat manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif di bawah CPTPP seperti yang sedang dinikmati oleh Vietnam,'' katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Zainuddin berkata, PEKEMA juga menyanjung keputusan tegas pihak Kerajaan dalam memelihara hak-hak Bumiputera, di samping memastikan ekslusiviti pengimportan kenderaan di Malaysia terus dipertahan, setelah Perjanjian ini dikuatkuasakan kelak.
''Ratifikasi CPTPP adalah langkah terbaik dalam proses pemulihan ekonomi negara, pasca pandemik,'' tegas beliau lagi.
Justeru, PEKEMA berharap Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha bagi meratifikasi CPTPP dan memastikan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan oleh Malaysia selewat-lewatnya tahun hadapan, bagi membolehkan industri automotif negara meraih manfaat sepenuhnya daripada Perjanjian ini.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Pekema
#Zainuddin Abdul Rahman
#CPTPP
#Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan