BUSINESS
Pekema, UUM jalin kerjasama perkasa industri automotif negara

Pekema dan UUM hari ini memeterai MoU bagi menjalankan kajian strategik dalam industri automotif Bumiputera, yang turut dihadiri Presiden Pekema, Mohamed Nazari; dan Naib Canselor UUM; Mohd Foad. -Foto Pekema
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri automotif negara.
Ringkasan AI
- Pekema dan UUM memeterai MoU untuk memperkasa penyelidikan dan pembangunan industri automotif negara.
- Kerjasama ini diharapkan dapat mengukuhkan sinergi antara dunia akademik dan industri, menyumbang kepada kemampanan dan kemajuan ekonomi Malaysia.
- Pekema menyumbang geran kajian penyelidikan dan biasiswa untuk menyokong pendidikan tinggi dan pelajar berpotensi dalam bidang automotif.
"Kesatuan idea ini seterusnya akan menyumbang kepada kemampanan dan kemajuan ekonomi Malaysia, khususnya dalam sektor automotif yang kini dipacu oleh teknologi hijau dan mesra alam.
"Gabungan kepakaran UUM dalam bidang akademik dan pengalaman Pekema dalam industri automotif diyakini mampu menghasilkan penyelesaian berimpak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebagai simbol sokongan kepada usaha tersebut, majlis turut menyaksikan penyerahan empat replika cek kepada UUM, antaranya melibatkan tiga replika cek geran kajian penyelidikan, manakala satu lagi bagi membiayai Program Biasiswa Yayasan Pekema berjumlah RM32,000.
Jelas Mohamed Nazari, sumbangan tersebut sebahagian daripada inisiatif Pekema untuk menyokong usaha penyelidikan dan pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia.
Katanya, program biasiswa Yayasan Pekema merupakan inisiatif jangka panjang untuk menyokong pelajar yang berpotensi besar dalam bidang automotif, manakala geran kajian penyelidikan bertujuan menyediakan haluan strategik untuk membantu ahli-ahli dalam mengemudi laluan industri automotif yang dinamik.
Sementara itu, Mohd Fo’ad berkata penglibatan pihak industri dalam penyelidikan dan pembangunan berpotensi meningkatkan keupayaan industri tempatan.
"Kerjasama ini akan membuka pintu kepada pertukaran pengetahuan, teknologi dan sumber, mewujudkan ekosistem yang dinamik dan inovatif untuk menyokong pertumbuhan mampan industri automotif negara,” kata beliau.
Beliau turut menekankan bahawa UUM komited untuk menjadi rakan strategik kepada Pekema, khususnya dalam memperkasa sektor automotif tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami