KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), yang disenaraikan antara 20 pelabuhan utama dunia, berjaya melakar pencapaian terbaik dengan jumlah kontena masing-masing sebanyak 13.64 juta dan 11.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada tahun lepas.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata bagi Pelabuhan Klang, prestasi itu merupakan pencapaian terbaik sepanjang tempoh penubuhannya, meskipun terkesan akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor pada akhir 2021.
Beliau berkata bagi PTP pula, jumlah TEU itu juga dianggap luar biasa apabila merekodkan kenaikan sebanyak 14 peratus berbanding prestasi tahun sebelumnya.
"Kita berasa kagum, dalam senarai 20 pelabuhan terbesar dunia, dua daripadanya iaitu Pelabuhan Klang dan PTP tersenarai sebagai 15 pelabuhan paling sibuk. Rekod ini menunjukkan kita (Malaysia) berdaya saing dan berjaya tingkatkan pengurusan kapasiti," katanya di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia (MMW) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.
Wee berkata kerajaan sentiasa meneliti potensi setiap pelabuhan di negara ini termasuk melakukan perluasan pelabuhan susulan keperluan untuk menguruskan jumlah kenaikan TEU setiap tahun.
Sementara itu, semasa berucap di MMW 2022, Wee berkata industri perkapalan yang lebih hijau dan mampan merupakan cara yang baik untuk memastikan kejayaan sektor maritim pada era kebangkitan pascapandemik.
Beliau berkata peserta industri maritim perlu bekerja bersama-sama dalam menggunakan teknologi baharu serta menggalakkan amalan perkapalan hijau untuk mencapai matlamat tersebut.
Seiring dengan tema yang dipilih Pertubuhan Maritim Antarabangsa untuk Hari Maritim Sedunia 2022 iaitu Teknologi Baharu untuk Perkapalan yang Lebih Hijau, ia berperanan sebagai peluang untuk menunjukkan perlunya menyokong peralihan hijau dalam sektor maritim kepada masa depan yang mampan, katanya.
"Bagi merealisasikan inisiatif ini, kami memerlukan perkongsian kukuh seperti yang dinyatakan dalam Matlamat Pembangunan Mampan 17 (SDG 17) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang menekankan semua pihak perlu terlibat dengan berkongsi dan menguar-uarkan maklumat mengenai amalan terbaik di samping untuk mengakses sumber dan pengetahuan umum," katanya.
MMW 2022 yang bermula hari ini hingga 24 Feb merupakan platform bagi pengawal selia dan peserta industri maritim meneroka pendekatan baharu dan membangunkan strategi berkesan untuk berkembang dalam normal baharu serta pulih daripada krisis pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua, kiri) melawat ruang pameran selepas Pelancaran Minggu Maritim Malaysia 2022 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
MoT pergiat peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama ASEAN
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam usaha untuk mempergiatkan lagi peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.
Operasi padam kebakaran kontena masih diteruskan
JBPM Selangor juga menghantar 10 pegawai dan anggota dari Unit Hazmat bagi membantu menilai risiko dan merancang pelan tindakan susulan.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.
Kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang terbakar - Bomba
Kebakaran itu membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.
13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.
25 tan daging babi sejuk beku dari Australia dirampas
Maqis mematahkan cubaan membawa masuk 24 tan daging babi sejuk beku bernilai RM180,000 dipercayai dari Australia di Pelabuhan Klang Barat pada Rabu lalu.
Kanak-kanak Bangladesh ditemui dalam kontena di hantar pulang
Seorang kanak-kanak lelaki Bangladesh yang ditemui di dalam sebuah kontena di dermaga Westport, Pelabuhan Klang pada 17 Jan, dihantar pulang ke negara asalnya.
Kapal perang Kanada HMCS Winipeg tamat lawatan, berlepas dari Pelabuhan Klang
HMCS Winnipeg yang tiba di Malaysia pada 14 Sept lepas, hari ini berlepas dari Pelabuhan Klang.