awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas

Bernama
Bernama
15/07/2024
03:00 MYT
Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas
Tiga sektor teratas yang merekodkan pembelian bersih oleh pelabur asing ialah pembinaan, utiliti serta produk dan perkhidmatan perindustrian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus membeli ekuiti domestik minggu lepas bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih RM478.2 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Menurutnya majoriti belian bersih itu dicatatkan pada Khamis dengan nilai RM389.2 juta apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.00 peratus semasa mesyuarat dua harinya.
"Tiga sektor teratas yang merekodkan pembelian bersih oleh pelabur asing ialah pembinaan (RM198.2 juta), utiliti (RM116.1 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM111.8 juta)," jelas bank pelaburan itu dalam laporan aliran dana pada Isnin.
Sementara itu, jualan bersih melibatkan sektor produk dan perkhidmatan pengguna (RM92.7 juta), tenaga (RM33.4 juta) dan penjagaan kesihatan (RM21.9 juta).
MIDF memaklumkan institusi tempatan beralih kepada penjualan bersih ekuiti domestik, bernilai RM318.5 juta, selepas membuat pembelian bersih bagi tiga minggu berturut-turut.
"Peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut, dengan jualan RM159.8 juta.
"Minggu lepas, jumlah dagangan harian purata (ADTV) oleh peruncit tempatan turun 1.3 peratus, institusi tempatan pula mencatatkan peningkatan 10.9 peratus, manakala pelabur asing juga melonjak 24.7 peratus," tambah bank pelaburan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelabur asing
#ekuiti domestik
#pembelian bersih
#MIDF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan