BISNES
Pelabur asing kekal beli bersih di Bursa Malaysia, catat aliran masuk RM492.1 juta
Pelabur asing ialah pembeli bersih bagi dua daripada tiga hari dagangan minggu lepas, dengan Rabu mencatatkan aktiviti pembelian bersih tertinggi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pelabur asing masih menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas, meneruskan pembelian bersih selama dua minggu berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM492.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
Ringkasan AI
MBSB IB menjelaskan minggu lepas adalah merupakan minggu dagangan singkat memandangkan pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti umum tambahan dan kelepasan am Hari Malaysia.
Menurutnya, pelabur asing ialah pembeli bersih bagi dua daripada tiga hari dagangan minggu lepas, dengan Rabu mencatatkan aktiviti pembelian bersih tertinggi bernilai RM348.69 juta, diikuti pada Jumaat (RM205.30 juta), manakala satu-satunya hari dengan airan keluar berlaku pada Khamis (RM61.9 juta).
"Tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran masuk asing bersih minggu lepas adalah pengangkutan dan logistik (RM131.8 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM126.9 juta) serta teknologi (RM117.1 juta).
"Hanya dua sektor yang merekodkan aliran keluar asing bersih iaitu perkhidmatan kewangan (RM154.7 juta), dan penjagaan kesihatan (RM38.1 juta)," menurut bank pelaburan itu dalam Laporan Aliran Dana mingguan bagi minggu berakhir 19 Sept, 2025.
MBSB IB turut memaklumkan institusi tempatan meneruskan penjualan bersih selama dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih RM337.6 juta.
Pelabur runcit tempatan juga meneruskan penjualan bersih selama dua minggu berturut-turut, dengan aliran keluar bersih RM159.5 juta.
"Selain itu, jumlah dagangan harian purata (ADTV) meningkat bagi semua kumpulan pelabur minggu lepas. Pelabur asing mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 88.3 peratus, manakala pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing merekodkan peningkatan sebanyak 21.2 peratus dan 19.0 peratus," tambahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan aliran masuk bersih sebanyak RM492.1 juta, walaupun minggu dagangan singkat kerana cuti umum.
- Sektor utama dengan aliran masuk asing tertinggi ialah pengangkutan & logistik (RM131.8 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (RM126.9 juta), dan teknologi (RM117.1 juta), manakala sektor kewangan dan penjagaan kesihatan mencatat aliran keluar.
- Institusi dan pelabur runcit tempatan terus menjual bersih masing-masing RM337.6 juta dan RM159.5 juta, dengan jumlah dagangan harian purata meningkat bagi semua kumpulan pelabur, terutama pelabur asing (88.3%).