awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur dipelawa manfaat peluang di Mindanao

Bernama
Bernama
29/11/2012
11:07 MYT
Pelabur dipelawa manfaat peluang di Mindanao
Pelabur Malaysia dipelawa untuk memanfaatkan sumber dan peluang perniagaan yang besar di Mindanao, terutamanya dalam bidang pertanian, prasarana dan perlombongan.
Duta Filipina ke Malaysia, J Eduardo Malaya berkata ketika ini, kebanyakan syarikat Malaysia beroperasi di Metro Manila dalam sektor perkhidmatan dan prasarana.
Antara syarikat Malaysia yang beroperasi di Filipina ialah Resorts World, MTD Capital, Maybank dan Berjaya Corporation.
"Mindanao mempunyai sumber besar yang belum dimanfaatkan. Malahan, kawasan itu lebih subur, dan sangat sesuai bagi aktiviti pertanian," kata Malaya kepada pemberita selepas merasmikan "Forum Perangkaian Pelabur bagi Mindanao", Khamis.
Beliau berkata banyak tanah segera tersedia bagi perladangan sawit, getah dan kopi serta kultur marin, termasuk pengeluaran rumpai laut.
"Selain daripada itu, rantau tersebut juga mempunyai keperluan prasarana yang sangat besar dan ini menyediakan peluang besar bagi syarikat pembinaan Malaysia terutamanya dalam pembangunan pelabuhan laut, menaik taraf lapangan terbang dan projek jalan raya," katanya.
Topic Berkaitan
#Duta Malaysia
#Malaysia
#Mindanao
#pelabur
#prasarana
#Resorts World
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan