awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan Coca-Cola dijangka wujud lebih banyak peluang pekerjaan

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
27/04/2016
09:30 MYT
Pelaburan Coca-Cola dijangka wujud lebih banyak peluang pekerjaan
Menurut Mustapa, untuk setiap satu peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh CCBM, 10 peluang pekerjaan baru akan turut diwujudkan dalam sektor berkenaan. - REUTERS/Gambar fail
Pelaburan Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd (CCBM) di Malaysia dijangka memberikan kesan limpahan positif terutama dalam mewujudkan peluang pekerjaan.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, untuk setiap satu peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh CCBM, 10 peluang pekerjaan baru akan turut diwujudkan dalam sektor berkenaan.
Menurut CCBM, 800 peluang pekerjaan akan diwujudkan melalui kilangnya di Malaysia.
"Kesan limpahan positif adalah luas. lapan ratus peluang pekerjaan diwujudkan melalui kilang ini dan 8,000 peluang pekerjaan diwujudkan secara tidak langsung. Ia 10 kali ganda.
"Bagi setiap satu peluang pekerjaan di kilang ini terdapat 10 peluang pekerjaan dalam ekosistem sebagai vendor, pekerja logistik dan pengedar," kata Mustapa.
CCBM mencapai komitmen pelaburan RM1 bilion di Malaysia melalui pembangunan rantaian pengeluaran PET (polyethylene terephthalate) baru.
Rantaian pengeluaran PET akan mempertingkatkan keupayaan kilang CCBM yang mengeluarkan minuman bagi Malaysia, Singapura dan Brunei.
Rantaian pengeluaran ini dilancarkan oleh Mustapa di kilang CCBM di Nilai hari ini.
Sementara itu, Mustapa berkata penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah meningkatkan minat syarikat dari Amerika Syarikat untuk melabur di Malaysia.
Beliau berkata ini secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#coca cola
#Coca Cola Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan