Malaysia menarik sejumlah RM207.9 bilion bagi pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2019, peningkatan 1.7 peratus berbanding 2018.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu 60.4 peratus atau RM125.5 bilion.
Pelaburan langsung asing (FDI) hanya mencapai 39.6 peratus iaitu peningkatan 2.9 peratus kepada RM82.4 bilion, kata MIDA dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya sektor perkhidmatan menerajui jumlah pelaburan yang diluluskan dengan peningkatan 11.3 peratus berbanding 2018. Sebanyak 4,087 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM118.1 bilion tahun lepas.
Ini diikuti sektor perkilangan yang mencatat pelaburan yang diluluskan sebanyak RM82.7 bilion dan RM7 bilion bagi sektor utama.
Tiga negara menyumbang 66.3 peratus kepada jumlah FDI yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama iaitu Amerika Syarikat (RM26.8 bilion), China (RM15.7 bilion) dan Jepun (RM12.1 bilion).
Empat negeri menyumbang lebih 60 peratus kepada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2019 iaitu Selangor (RM47.8 bilion), Pulau Pinang (RM33.7 bilion), Johor (RM24.4 bilion) dan Kuala Lumpur (RM21.6 bilion).
MIDA berkata lima penyumbang pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan adalah hartanah (RM40.9 bilion), utiliti (RM32.6 bilion), pertubuhan global (RM11.8 bilion), perdagangan pengedaran (RM11.7 bilion) dan perkhidmatan sokongan (RM5.7 bilion).
Dalam sektor perkilangan, jumlah projek yang diluluskan menokok 37 peratus kepada 988 projek berbanding 721 projek pada 2018.
FDI menyumbang 65.2 peratus (RM53.9 bilion) daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam sektor itu, manakala selebihnya ialah pelaburan domestik sebanyak 34.8 peratus (RM28.8 bilion).
Menurut agensi itu, industri berprestasi tinggi pada 2019 terdiri daripada industri elektrik dan elektronik (RM25.7 bilion), kertas, percetakan dan penerbitan (RM10.8 bilion), teknologi pengangkutan (RM8.0 bilion), produk mineral bukan logam (RM6.9 bilion), serta bahan kimia dan produk kimia (RM4.8 bilion).
"Adalah diperhatikan bahawa pelaburan dalam tiga subsektor pemangkin iaitu elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan serta kimia dan dua bidang pertumbuhan tinggi iaitu industri aeroangkasa dan alat perubatan, mencatat peningkatan 90.2 peratus kepada RM40.9 bilion pada tahun lepas berbanding RM21.5 bilion pada 2018," kata MIDA.
China (RM15.3 bilion) dan AS (RM14.2 bilion) merupakan dua negara pelabur terbesar dalam sektor perkilangan di Malaysia dan menyumbang 54.7 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor ini, katanya.
MIDA berkata Selangor (RM17 bilion) merupakan penerima pelaburan terbesar dalam sektor perkilangan untuk tahun 2019, diikuti Pulau Pinang (RM16.9 bilion), Kedah (RM11.5 bilion) dan Johor (RM11.5 bilion).
Sektor utama mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM7 bilion pada 2019, berbanding RM10.9 bilion pada 2018, dengan subsektor perlombongan menerajui sebahagian besar pelaburan di sektor utama (94.3 peratus) daripada jumlah pelaburan.
Baki pelaburan di sektor utama terdiri daripada subsektor perladangan dan komoditi, dan subsektor pertanian, yang masing-masing mencatatkan pelaburan sebanyak RM291.4 juta dan RM135.1 juta.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata walaupun pandemik COVID-19 telah mengubah sistem perindustrian global, MITI komited untuk memastikan agar Malaysia terus kekal sebagai lokasi yang mesra pelabur bagi pertumbuhan jangka panjang perniagaan asing dan domestik.
"Pelaburan langsung asing (FDI) adalah aliran modal jangka panjang. Kami percaya syarikat asing yang sedia ada akan terus bertahan dengan cabaran ini dan mengekalkan pelaburan mereka di dalam negara.
"Malaysia memulakan tahun ini dengan lima projek pembuatan dan perkhidmatan yang diluluskan bernilai RM4.6 bilion. Keutamaan kini bukan mengenai jumlah pelabur atau nilai pelaburan mutlak tetapi untuk membawa masuk pelaburan bernilai tambah tinggi yang dapat membantu memulihkan ekonomi," katanya.
Beliau berkata memandangkan pendekatan perniagaan seperti biasa tidak lagi dapat dipraktikkan dalam persekitaran yang mencabar ini, penyelesaian asas negara untuk membangunkan semula ekonomi adalah dengan menerapkan inisiatif berani untuk memastikan pencapaian yang berkesan.
"Kerjasama yang lebih erat antara kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan sangat penting dalam memudahcarakan para pelabur dan memastikan pelaksanaan segera projek yang diluluskan.
"Semua pihak berkepentingan perlu membuat perubahan yang diperlukan dan melaksanakan proses rekayasa semula bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Digitalisasi dan automasi pastinya merupakan usaha yang perlu dilaksanakan dalam mengorak langkah ke hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020
Pelaburan langsung asing (FDI) hanya mencapai 39.6 peratus iaitu peningkatan 2.9 peratus kepada RM82.4 bilion, kata MIDA dalam kenyataan pada Isnin. - Astro AWANI
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).