awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus

Bernama
Bernama
15/11/2024
14:38 MYT
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Abdul Rasheed berkata eksport terus mengukuh susulan permintaan luaran yang semakin pulih dan limpahan positif daripada peningkatan kitaran teknologi global. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata memandangkan ekonomi negara berkembang sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024, purata pertumbuhan bagi tempoh tiga suku terawal tahun ini mencapai 5.2 peratus.
"Aktiviti pelaburan disokong oleh perbelanjaan yang kukuh bagi struktur serta jentera dan peralatan, manakala perbelanjaan isi rumah terus meningkat berikutan keadaan pasaran pekerja yang positif dan sokongan dasar," katanya pada sidang media bagi mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 Malaysia di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata eksport terus mengukuh susulan permintaan luaran yang semakin pulih dan limpahan positif daripada peningkatan kitaran teknologi global.
Sementara itu, import juga berkembang pada kadar yang lebih pantas, berikutan permintaan barangan modal dan barangan perantaraan yang kukuh untuk menyokong peningkatan pelaburan dan perdagangan, katanya.
"Dari segi penawaran, kebanyakan sektor terus menyokong pertumbuhan khususnya, peningkatan dalam sektor perkilangan didorong oleh kelompok berorientasikan eksport.
"Bagaimanapun, pertumbuhan sebahagiannya diimbangi oleh aktiviti penyenggaraan dalam sektor perlombongan," katanya.
Abdul Rasheed berkata pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan didorong oleh perkembangan aktiviti pelaburan yang kukuh, peningkatan eksport secara berterusan dan perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan.
Aktiviti pelaburan akan disokong oleh kemajuan dalam projek berbilang tahun merentas sektor swasta dan awam, katanya.
"Inisiatif pemangkin yang diumumkan dalam pelan induk nasional dan pelaksanaan yang lebih tinggi bagi pelaburan yang diluluskan juga merupakan pemacu utama bagi aktiviti pelaburan," katanya.
Beliau berkata pelaburan itu, yang disokong oleh import modal yang lebih tinggi, akan meningkatkan eksport dan mengembangkan kapasiti produktif dalam ekonomi.
Perbelanjaan isi rumah pula akan disokong oleh pertumbuhan guna tenaga dan gaji yang berterusan serta langkah-langkah dasar, katanya,
Beliau berkata kitaran teknologi global di luar negara yang terus meningkat, permintaan kukuh yang berterusan untuk barangan perkilangan dan komoditi serta perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi dijangka akan mempertingkatkan eksport.
Gabenor BNM berkata prospek pertumbuhan Malaysia kekal tertakluk pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran yang lebih perlahan, ketegangan geopolitik dan langkah perlindungan perdagangan yang semakin meruncing serta pengeluaran komoditi yang lebih lemah daripada jangkaan.
Bagaimanapun, faktor yang boleh menyokong pertumbuhan yang lebih tinggi termasuk limpahan yang lebih besar daripada peningkatan kitaran teknologi, pelaksanaan projek pelaburan yang lebih cepat dan aktiviti pelancongan yang lebih mantap, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#pelancongan
#Bank Negara Malaysia
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan