BISNES
Pelaksanaan SARA capai jualan RM106.1 juta dalam lima hari - MOF
Sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 6.6 juta rakyat atau 30 peratus daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit SARA. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Hari kelima pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM106.1 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat 9.30 malam Khamis.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5 peratus, selaras dengan prestasi yang dicatatkan pada Rabu.
"Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai pada hari ini," menurut kenyataan itu.
Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 6.6 juta rakyat atau 30 peratus daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit SARA dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM425.2 juta di seluruh negara.
Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Dis 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
Penghargaan SARA merupakan pemberian sekali beri sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas yang diumumkan kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Inisiatif itu memberi memanfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan Sumbangan Tunai Rahman (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.
-- BERNAMA