awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan penyusunan semula bantu Malaysia Aviation Group catat prestasi positif bagi 2021

Dagang News
Dagang News
22/04/2022
02:30 MYT
Pelan penyusunan semula bantu Malaysia Aviation Group catat prestasi positif bagi 2021
Syarikat induk kepada Malaysia Airlines Bhd itu menyifatkan prestasi tersebut disumbangkan oleh strategi mampan yang digariskan dalam Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 (LTBP2.0). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) merekodkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang positif bagi 2021 sebanyak RM433 juta berbanding kerugian RM1.7 bilion pada tahun sebelumnya.
Syarikat induk kepada Malaysia Airlines Bhd itu menyifatkan prestasi tersebut disumbangkan oleh strategi mampan yang digariskan dalam Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 (LTBP2.0).
Malah, MAG berkata, ia turut berjaya mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY21) sebanyak 60% bagi tahun ke tahun.
“Ini dapat dicapai berikutan prestasi kargo yang kukuh oleh MAB Kargo yang menjana pendapatan sebanyak RM3 bilion susulan pertambahan permintaan global yang membolehkan peningkatan pengangkutan dan penggunaan ruang dalam pesawat menerusi penerbangan penumpang kepada kargo.
“Pada 2021, hasil penumpang MAB meningkat 57% didorong menerusi platform Penyelesaian Memaksimumkan Pendapatan Syarikat Penerbangan (ARMS),” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Bernama pada Khamis.
ARMS memberi gambaran lengkap serta menyeluruh mengenai aspek ekosistem hasil dan kos syarikat penerbangan, tambang lebih khusus serta tawaran kepada pelanggan pada kadar sanggup dibayar dengan menggunakan ciri-ciri unjuran.
Menurut MAG, langkah penyusunan semula yang dilaksanakan pada 2021 juga telah memberi peluang kepada kumpulan untuk menambah baik lembaran imbangannya secara menyeluruh.
Pada masa sama, katanya, ia membantu menangani isu-isu legasi sejak berdekad lamanya, sekali gus menyaksikan pengurangan liabiliti lebih RM15 bilion serta menghapuskan hutang berjumlah RM10 bilion.
"Kos operasi lebih rendah susulan inisiatif penjimatan kos/pengelakan yang dilaksanakan oleh kumpulan selain penurunan kos pemajakan pasca kejayaan penyusunan semula, hanya meningkatkan lagi sumbangan ke atas peningkatan prestasi bagi 2021," katanya.
Kumpulan itu berkata, aliran trafik penumpang dan kapasiti telah berkurangan masing-masing sebanyak 56% bagi tahun ke tahun dan 70% tahun ke tahun akibat pelaksanaan sekatan perjalanan di peringkat domestik dan global bagi sebahagian besar tahun lalu.
Bagi kemajuan masa depan, kumpulan itu menyasarkan peningkatan permintaan penumpang dan jualan yang ketara dan menyumbang kepada imbangan tunainya susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.
“Operasi kargo akan terus menerajui pasaran berikutan pergerakan permintaan kargo di rantau Asia Pasifik yang diunjur meningkat sebanyak 5%.
“MAB dan penerbangan-penerbangan sekutunya akan secara beransur-ansur meningkatkan kapasiti bagi laluan penerbangan domestik dan antarabangsa dengan sasaran meraih lebih 70 peratus daripada paras kapasiti sebelum pandemik,” jelasnya.
Dalam pada itu, MAG berkata, konflik Rusia-Ukraine telah membangkitkan aspek kebimbangan dan cabaran dalam menguruskan kos operasi yang terjejas secara langsung akibat lonjakan harga bahan api.
Jelasnya, paras harga bahan api semasa pada AS$110 hingga AS$130 setong, mewakili sehingga 40 hingga 45% daripada kos operasi kumpulan iaitu peningkatan 35 hingga 40% berbanding tahun lalu.
“Semua syarikat dalam kumpulan ini telah mengambil langkah-langkah segera bagi mengurus impak kenaikan kos bahan api,” tambahnya.
Pada masa sama, MAG turut menegaskan bahawa aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan kumpulan dan pelbagai langkah telah diambil bagi mengelak penerbangan di kawasan atau zon konflik. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Malaysia Aviation Group
#MAG
#pelan penyusunan semula
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan