awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
18/07/2024
10:31 MYT
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan) Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB), diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - Foto FB Zahid Hamidi
PUTRAJAYA: Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, yang dapat memberi keberhasilan tuntas kepada pembangunan negara, bukan sahaja dari sudut ekonomi Bumiputera tetapi manfaat kepada pembangunan negara secara holistik, akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif dan strategi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam pelan itu, telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan) Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB), yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Mesyuarat itu, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha yang terpilih dan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), diadakan susulan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, pada awal Mac lepas.
"Tumpuan mesyuarat ini bagi membincangkan Draf Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dan mendapatkan persetujuan berkaitan strategi dan inisiatif yang bersesuaian, sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
Ahmad Zahid berkata penganjuran KEB 2024, telah menggariskan beberapa tumpuan utama untuk memperkasa ekonomi bumiputera seperti pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), pengurusan tanah, wakaf, mengindustrikan pertanian dan ternakan, penubuhan suruhanjaya ekonomi gig dan industri halal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035
#Zahid Hamidi
#Majlis Ekonomi Bumiputera
#dibentang minggu hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan