KUALA LUMPUR: Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dan syarikat perkhidmatan penstriman antarabangsa Netflix hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian strategik yang bakal membawa perkhidmatan penstriman terkenal itu ke platform Astro.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, perjanjian strategik itu bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.
Pelanggan Astro, menurut kenyataan itu lagi, bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi Ultrabox, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Ultibox dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.
Ini merupakan antara ciri-ciri fungsi terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan berkata kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia.
“(Kerjasama ini) menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik, di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati.
“Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC Netflix, Tony Zameczkowski, berkata Netflix menawarkan rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo.
“Kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia.
“Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Menerusi kerjasama tersebut, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut, dan info mengenai pendaftaran, layari https://astro.com.my/Netflix
Firdaus Azil
Thu Jun 24 2021

Netflix akan boleh diakses di Ultrabox selepas kerjasama dilancarkan, dan di Ultibox dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Dalam pada itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Saksikan Anugerah Tahunan Grammy ke-65 secara langsung di Astro pada 6 Februari
Para pelanggan juga boleh strim anugerah pada bila-bila masa menerusi On Demand, selepas tayangan perdana.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,566 responden sehingga jam 6 petang Sabtu, 22 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Februari 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Astro, MFL umum kolaborasi, penyiar rasmi Liga Malaysia, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia
Astro dan Malaysian Football League (MFL) secara rasminya mengumumkan kolaborasi selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 sebagai penyiar rasmi untuk semua pertandingan Liga Malaysia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Januari 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.