awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini

Dagang News
Dagang News
04/08/2023
04:30 MYT
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Pelikuidasi Serba Dinamik Holdings Berhad akan mengadakan mesyuarat bersama pemiutang kumpulan itu Oktober ini bagi memberikan maklumat terkini mengenai proses penggulungan dan pertimbangan pelantikan jawatankuasa pemeriksaan.
Serba Dinamik berkata, empat mesyuarat berasingan sudah dijadualkan bersama pemiutang kumpulan itu serta pemiutang anak syarikatnya Serba Dinamik Group Berhad, Serba Dinamik Sdn. Bhd. dan Serba Dinamik International Ltd.
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
"Pengumuman berasingan kepada semua penyumbang akan dikeluarkan pada tarikh yang hampirdengan tarikh mesyuarat," kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Pelikuidasi Serba Dinamik dan tiga anak syarikat, Victor Saw Seng Kee dari PriceWaterhouseCoopers Advisory Sdn Bhd, pada Mei memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk mengadakan mesyuarat pemiutang dan mesyuarat penyumbang.
Mesyuarat itu membolehkan Victor memberikan maklumat terkini tentang proses penggulungan selain menjawab sebarang pertanyaan dan mesyuarat itu juga boleh membantu menentukan sama ada pemiutang serta penyumbang ingin membentuk jawatankuasa pemeriksaan.
Jawatankuasa itu kemudiannya boleh menjadi badan perunding untuk bekerjasama dengan Vintor untuk manfaat proses penggulungan.
Saham Serba Dinamik digantung pada 23 Disember 2022 berikutan kegagalan kumpulan itu menyerahkan laporan tahunannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#Pelikuidasi
#mesyuarat bersama pemiutang
#jawatankuasa pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan