BISNES
Peluasan SST: KPDN Perak keluarkan tujuh notis, 48 premis diperiksa

Kamalludin (tiga,kiri) melakukan pemantauan dan advokasi Ops Kesan 4.0 di TF Value-Mart hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengeluarkan tujuh notis kepada peniaga susulan tindakan penyelarasan harga selepas kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus.
Ringkasan AI
- Program i-Saraan KWSP diperluas kepada remaja seawal 14 tahun, bagi memupuk kesedaran kewangan dan budaya menabung sejak usia muda.
- Kerajaan memperuntukkan RM114.8 juta pada 2024, memberi manfaat kepada lebih 529,000 pencarum, dengan insentif padanan sebanyak 20% hingga RM500 setahun.
- Timbalan Menteri Kewangan menyumbang RM10,000 untuk buka akaun i-Saraan bagi pelajar B40, sebagai langkah sokongan dan dorongan terhadap pengurusan kewangan awal.
"Daripada 48 premis yang diperiksa, kami dapati tujuh premis membuat penyelarasan harga yang agak meragukan. Oleh itu, notis bertulis telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya peniaga terbabit memberikan penjelasan dalam tempoh enam hari.
"Premis yang terbabit adalah pasar raya dan kedai runcit dengan satu kes masing-masing di Ipoh, Manjung dan Taiping, manakala dua kes di Tapah serta Teluk Intan," katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan dan advokasi Op Kesan 4.0 di sebuah pasar raya di Tambun hari ini.
Kamaluddin berkata pemantauan itu bertujuan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara sewenang-wenangnya dengan menjadikan SST sebagai alasan.
"Setakat ini, kami hanya menerima satu aduan rasmi berkaitan harga mahal di sebuah premis makanan di Meru, Ipoh. Peniaga terbabit diminta memberikan justifikasi serta maklumat terperinci berhubung kenaikan harga makanan yang dikenakan," katanya.
Beliau berkata KPDN tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku pencatutan atau kenaikan harga yang tidak munasabah.
"Penguatkuasaan dan pemeriksaan harga akan terus dipertingkatkan di lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar raya, premis perniagaan dan kawasan komersial lain bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sesuka hati.
"Kita juga akan menyiasat kes peniaga menaikkan harga dengan alasan SST sedangkan barangan terbabit tidak termasuk dalam senarai cukai. Jika ada unsur pencatutan, tindakan tegas akan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami