awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembatalan perjanjian penjualan saham Bandar Malaysia kes terpencil - ASLI

Bernama
Bernama
05/05/2017
01:46 MYT
Pembatalan perjanjian penjualan saham  Bandar Malaysia kes terpencil - ASLI
Yeoh berkata projek itu berpotensi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi masa depan. - Gambar fail
Pembatalan perjanjian penjualan saham (SSA) bagi projek pembangunan Bandar Malaysia merupakan kes terpencil dan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Dr Michael Yeoh berkata walaupun perjanjian berkenaan tidak diteruskan sebagaimana dirancang, beliau percaya Malaysia masih dianggap sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi syarikat-syarikat China.
Beliau berkata sejak bertahun-tahun, Malaysia telah menarik jumlah pelaburan yang besar dari China dan telah mendapat banyak faedah daripada hubungan baik dengan negara berkenaan.
"Isu Bandar Malaysia tidak akan menjejaskan hubungan erat China-Malaysia, kami melihatnya sebagai kes terpencil di mana perniagaan tidak berjalan seperti dirancang," katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat mengenai ''Hubungan Amerika Syarikat-China dan Masa Depan Semenanjung Korea'' di sini pada Khamis.
Perbincangan meja bulat itu menampilkan Pengerusi Persatuan Korea-Amerika (KAA) Park Jin yang berkongsi pendapat mengenainya.
Dalam satu kenyataan semalam, TRX City Sdn Bhd mengumumkan SSA dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
Mengulas mengenai prospek Bandar Malaysia, Yeoh berkata projek itu berpotensi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi masa depan.
"Projek ini akan tentunya mempunyai impak positif terhadap ekonomi kita, ia akan menempatkan terminal kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dan akan tentunya menggalakkan lebih banyak aktiviti ekonomi," katanya.
Bandar Malaysia, yang akan dibangunkan di bawah perkongsian awam-swasta merupakan projek pembangunan bandar dengan nilai pembangunan kasar terkumpulan sebanyak RM150 bilion.
Projek jangka panjang itu dijangka siap dalam tempoh 30 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asli
#bandar malaysia
#Kuala Lumpur
#Michael Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan