KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan bahawa pembayaran dividen kepada kerajaan akan diputuskan berdasarkan kemampuannya.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Petronas diminta membayar antara RM35 bilion hingga RM40 bilion dalam bentuk dividen tahun ini tetapi jumlah itu akan dimuktamadkan selepas usaha wajar kumpulan itu yang akan mengambil kira obligasi hutang dan pelaburannya.
"Sama ada jumlahnya RM35 bilion atau RM40 bilion, ia tertakluk kepada peraturan biasa bahawa kami akan membuat pembayaran dividen bergantung kepada keperluan tadbir urus kami," katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan penuh tahun Petronas berakhir 31 Dis 2022.
Petronas membayar sejumlah RM50 bilion dividen kepada kerajaan tahun lepas.
Tengku Muhammad Taufik ketika mengulas mengenai prospek harga minyak berkata Petronas menjangkakan adanya pembetulan harga pada tahun ini dan laluan pemulihan mungkin berada dalam keadaan yang sukar iaitu antara AS$70 dan AS$80 setong dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Tahun ini, saya rasa kita berada di tahap bawah berkenaan. Bagi tujuan perancangan, kami masih menguji huluan (langkah) kami pada AS$40 setong untuk memastikan keteguhannya," kata beliau lagi.
Tengku Muhammad Taufik turut menggariskan perbelanjaan modal syarikat sebanyak RM300 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang sebagai belanja kepada usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga.
Beliau berkata Petronas mempunyai jumlah pinjaman sebanyak RM140 bilion tetapi kekal dalam kedudukan tunai bersih yang mencukupi bagi menjana aliran tunai yang kukuh daripada aktiviti operasi (CFFO).
CFFO Petronas mencecah paras RM135.3 bilion menjelang tahun kewangan 2022, menokok berbanding tahun kewangan sebelumnya sebanyak RM78.5 bilion di tengah-tengah peningkatan pelaburan untuk pertumbuhan, pembayaran dividen yang lebih besar dan obligasi khidmat hutang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Petronas membayar sejumlah RM50 bilion dividen kepada kerajaan tahun lepas, kata Tengku MUhammad Taufik. - Foto BERNAMA

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang.

Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani serangan siber - Fahmi
Menurut Fahmi, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
![[KOLUMNIS] Peranan subsidi bersasar dalam ekonomi manusiawi [KOLUMNIS] Peranan subsidi bersasar dalam ekonomi manusiawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685161811_RON.jpg)
[KOLUMNIS] Peranan subsidi bersasar dalam ekonomi manusiawi
Menurut Perdana Menteri golongan kaya dan industri besar tidak seharusnya menikmati manfaat daripada subsidi yang dikhaskan bagi membantu rakyat terkesan.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25-31 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Harga petrol, diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dagangan Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal urus niaga
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.44 mata kepada 1,423.36 daripada 1,422.92 pada penutupan Jumaat lepas.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11-17 Mei
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Harga petrol, diesel tidak berubah bagi tempoh 4-10 Mei
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah bagi tempoh 4 hingga 10 Mei ini.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini menongkah arus berbanding aliran serantau, meskipun prestasi lemah dolar AS.

Kegiatan memburu saham murah dorong dagangan Bursa Malaysia kembali meningkat
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 1.17 mata kepada 1,415.42 daripada 1,414.25 penutup Rabu.