Tawaran harga terlalu rendah untuk barangan atas talian menjadi faktor pembeli mudah tertipu sekali gus terperdaya dengan perangkap internet.
Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) Mohd Azrul Mohd Nor berkata, tanggungjawab juga perlu ada dalam diri setiap pembeli untuk menyelidik sebelum membeli di atas talian.
Jelasnya, sikap berhati-hati perlu diterap pada zaman perniagaan atas talian semakin berkembang kini.
"Pengguna kena ada kesedaran apabila harga terlampau murah dan tidak masuk akal. Mereka juga kena pastikan nama syarikat kena betul dengan nama bank.
"Semak juga adakah nombor akaun itu pernah digunakan untuk urusan lain. Boleh periksa d iGoogle atau Yahoo, pasti keluar nombor penipu.
"Kesedaran pengguna perlu diteruskan, ia makin besar dalam masyarakat. Penipu ini juga lama-lama pasti akan tertangkap akhirnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Lebih RM225 juta kerugian pengguna sepanjang 2016 - NCCC
BACA: 4 cara paling selamat membeli-belah atas talian
Mohd Azrul mengulas kenyataan Pengurus Kanan Dasar dan Perundangan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Shabana Naseer Ahmad mengenai peningkatan aduan dalam sektor e-dagang.
Katanya, ia mencatat jumlah aduan tertinggi iaitu 7,371 aduan dan tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut.
Dalam pada itu kata Mohd Azrul, pembeli juga harus mengetahui modus operandi penjual yang biasa menipu di alam siber.
"Buat pembelian di platform yang dikenali dan bukan laman sesawang yang wujud hanya kerana mahu memperdaya mangsa," ujarnya.
Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata sebanyak 3,921 insiden penipuan dalam talian dilaporkan sepanjang tahun lalu membabitkan pelbagai kes seperti mencuri data, skim penipuan, pembelian barangan dalam talian serta perbankan internet.
Jelasnya, jumlah itu adalah peningkatan kira-kira 20.4 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatatkan 3,257 kes penipuan dalam talian bagi kes sama.
Statistik itu berdasarkan laporan Pusat Koordinasi Cyber999 dikendalikan CyberSecurity Malaysia.
Wan Syamsul Amly
Tue Aug 29 2017
Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) Mohd Azrul Mohd Nor berkata, tanggungjawab juga perlu ada dalam diri setiap pembeli untuk menyelidik sebelum membeli di atas talian.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.
Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.
COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.
Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.