awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuangan pekerja Petronas di luar kawalan kerajaan - Johari

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
27/09/2016
13:00 MYT
Pembuangan pekerja Petronas di luar kawalan kerajaan - Johari
Pembuangan pekerja di syarikat petroleum negara Petronas adalah di luar kawalan kerajaan. -Gambar fail
Pembuangan pekerja di syarikat petroleum negara adalah di luar kawalan kerajaan.
Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ia langkah yang biasa diambil oleh mana-mana syarikat yang mengalami penyusutan pendapatan.
"Di dalam mana-mana perniagaan, jika pendapatannya menyusut, ia akan melakukan pengubahsuaian. Ini bukan sahaja Petronas.
"Pengubahsuaian ini di luar kawalan kerajaan. Oleh itu, kita harus membiarkan syarikat itu mengambil langkah sepatutnya," kata Johari.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pemberhentian pekerja oleh syarikat Petronas, selepas memberi ucapan di Forum Khazanah Megatrands di Kuala Lumpur pada Selasa.
Sebelum ini, syarikat minyak negara Petronas berkata ia akan terus menyemak strategi perniagaan dan keperluan tenaga kerja bagi menambah baik kecekapan dan kemampanan.
Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Petronas berkata ia juga bagi mengubah syarikat ke arah organisasi lebih berdaya tahan dalam berdepan persekitaran mencabar industri minyak dan gas.
Kenyataan itu menyusul selepas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa Petronas bakal membuang beberapa ratus pekerjanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Johari Abdul Ghani
#pembuangan pekerja
#Petronas
#syarikat petroleum negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan