awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN: Matriks pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kurikulum
Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar
Hampir 3,000 km persegi kawasan berisiko tanah runtuh dipetakan - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan pasaran gas perkukuh daya saing industri - Suruhanjaya Tenaga

Khalis Khadir
Khalis Khadir
21/08/2025
11:06 MYT
Pembukaan pasaran gas perkukuh daya saing industri - Suruhanjaya Tenaga
Pembukaan pasaran bukan bermakna PETRONAS dipinggirkan, sebaliknya peranan syarikat itu kekal penting dan kini menjadi pemudah cara kepada pasaran yang lebih kompetitif. - Foto PETRONAS
KUALA LUMPUR: Pembukaan pasaran gas negara kepada lebih ramai pembekal dilihat mampu memperkukuh daya saing dan kestabilan bekalan tenaga.

Ringkasan AI
  • Pembukaan pasaran gas kepada lebih ramai pembekal disokong oleh infrastruktur kukuh dan model pasaran hibrid, yang menjamin kestabilan serta daya saing bekalan tenaga negara.
  • PETRONAS kekal berperanan penting sebagai pemudah cara dalam pasaran gas yang lebih kompetitif, walaupun pemain baharu turut serta.
  • Kerjasama antara pembuat dasar, industri dan pengawal selia penting untuk memastikan peralihan pasaran gas dilakukan secara berperingkat, seimbang dan mampan demi kepentingan jangka panjang.

Pengarah Perancangan Strategik dan Komunikasi Suruhanjaya Tenaga, Rumaizi Halim berkata, ia disokong oleh kekuatan infrastruktur sedia ada seperti rangkaian paip penghantaran dan loji regasifikasi yang telah dibangunkan sepanjang beberapa dekad lalu.
“Model pasaran hibrid yang dilaksanakan memberi peluang kepada pemain baharu untuk turut serta sambil memastikan bekalan kekal stabil dan kompetitif,” katanya dalam program Agenda AWANI baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, walaupun lebih lima pembekal kini beroperasi, pasaran masih bergantung kepada infrastruktur dan kepakaran teknikal yang telah dibina sebelum ini.
Rumaizi menambah, pembukaan pasaran bukan bermakna PETRONAS dipinggirkan, sebaliknya peranan syarikat itu kekal penting dan kini menjadi pemudah cara kepada pasaran yang lebih kompetitif.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Persatuan Gas Malaysia (MGA), Khairulanwar Zakaria menyifatkan, model pasaran hibrid diamalkan Malaysia ketika ini adalah pendekatan progresif yang masih mengekalkan kestabilan bekalan gas.
“Pembukaan pasaran gas akan menggalakkan inovasi, pilihan yang lebih luas kepada pengguna dan meningkatkan keyakinan pelabur antarabangsa,” katanya.
MGA turut menekankan pentingnya kerjasama berterusan antara pihak pembuat dasar, pemain industri dan pengawal selia bagi memastikan peralihan kepada pasaran yang lebih terbuka dilaksanakan secara berperingkat dan seimbang.
“Perubahan ini bukan sekadar soal pembekal baharu masuk ke pasaran, tetapi bagaimana semua pihak bekerjasama memastikan ekosistem gas negara terus mampan untuk jangka panjang,” ujarnya lagi.
Kedua-dua panel di akhir wawancara bersetuju, menerusi pendekatan progresif kerajaan dan agensi berkaitan, ia akan membawa transformasi untuk menyeimbangkan antara kepentingan nasional, kemampanan industri dan keperluan pengguna.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tenaga
#Persatuan Gas Malaysia
#pasaran gas
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan