awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2023
00:50 MYT
Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Raja Petra Maruddin berkata, angka yang dinyatakan dalam satu laporan berita sebelum ini adalah tidak berasas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Muda Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa pemegang permit import (AP) memperoleh keuntungan sehingga RM100,000 bagi setiap kenderaan elektrik (EV) terutama Tesla adalah tidak berasas.
Ketua Dewan Muda Pekema, Raja Petra Maruddin Raja Nordin berkata, angka yang dinyatakan dalam satu laporan berita sebelum ini adalah tidak berasas kerana tidak mengambil kira pelbagai kos ditanggung termasuk belian EV, pengangkutan, waranti dan operasi.
Beliau berkata, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.
"Bagaimanapun, harus disedari bahawa pemegang AP mempunyai risiko tertentu seperti risiko pasaran, kos infrastruktur dan tanggungjawab untuk menyediakan jaminan dan servis selepas jualan atas inisiatif mereka sendiri, yang mana pada ketika itu kebanyakan infrastruktur belum lagi tersedia di Malaysia.
"Semua ini merupakan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan keuntungan sebenar,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa sebagai pemegang AP, mereka bukan pengilang langsung seperti Tesla yang dapat menjual dan menentukan harga kereta secara terus tanpa melalui pengedar atau pihak ketiga.
“Untuk makluman, Tesla adalah satu-satunya pengeluar kereta yang pada masa ini menjual kereta (EV) terus kepada pelanggan. Semua pengeluar kereta jenama lain menggunakan pengedar walaupun sesetengah pengeluar kereta menyediakan konfigurasi dan pembiayaan dalam talian,” jelasnya.
Katanya, faktor-faktor itu mengakibatkan tambahan kos yang harus ditanggung bagi memastikan EV yang diimport adalah selamat dan mematuhi standard tempatan.
"Dalam perkara ini, sebenarnya kita pengimport adalah perintis dan pemangkin kepada penjualan EV di Malaysia kerana tanpa sokongan kami sebagai pemegang AP, mungkin beberapa jenama EV tidak akan masuk ke pasaran Malaysia.
“Oleh itu, tuduhan yang kami mengambil keuntungan besar tanpa sebarang data atau rujukan adalah tidak adil dan merupakan cubaan untuk merosakkan reputasi dan peranan kami dalam industri ini,” tegasnya.
Raja Petra turut menekankan, mereka sentiasa terdedah kepada risiko semasa beroperasi, terutamanya ketika membawa masuk EV.
Katanya, beberapa faktor kekangan, seperti kekurangan cip dan bateri, turut mempengaruhi harga dan menyebabkan turun naik harga sesebuah EV yang tidak dapat dielakkan.
"Diharap dakwaan berkenaan dapat dilihat dengan lebih rasional dan tidak hanya berfokus pada angka semata-mata.
"Kami memainkan peranan penting dalam memperkenalkan EV kepada masyarakat Malaysia, dan seharusnya usaha kami dihargai dalam memajukan industri ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#kenderaan elektrik
#AP
#Pekema
#margin keuntungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan