BUSINESS
Pemilik syarikat yogurt pemenang Anugerah Usahawan Sedunia

Pemilik syarikat yogurt Chobani, yang berpusat di Amerika, Hamdi Ulukaya, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Sedunia Ernst and Young 2013 di Monte Carlo.
Hamdi yang dilahirkan di Turki, dan masih memegang kerakyatan Turki, menyatakan rahsia kejayaannya adalah memastikan segala impian, dan harapan dilaksanakan, biar apa pun cabaran yang mendatang.
Menurut Hamdi semasa sidang media selepas pengumuman kemenangannya, beliau menyatakan wujud pelbagai cabaran yang dihadapai semasa membangunkan Chobani.
Menurut ketua juri WEOY 2013, Rodrigo Alonso Herrera Aspra yang juga Usahawan EOY Mexico pada tahun 2011, Hamdi kejayaan yang dicapai dan keazaman untuk berjaya di Amerika.
"Dia mempunyai pencapaian yang baik, semangat keusahawanan yang tinggi. Beliau membuktikan impian Amerika masih boleh dicapai, Beliau mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang baik dan boleh menjadi inspirasi kepada usahawan muda lain untuk berjaya dan memasuki kategori yang sukar untuk dimasuki," kata beliau.
Hamdi melancarkan perniagaan yogurtnya pada 2007 dan dalam masa enam tahun berjaya mencapai jualan tahunan sebanyak 1 bilion dolar.
Chobani kini mempunyai lebih 3000 pekerja dengan pasaran di Amerika, United Kingdom dan Australia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami