KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) tidak melihat sebarang impak penarafan terhadap bank Malaysia daripada krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS) akibat daripada kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) dan dua lagi bank lebih kecil lain di negara itu pada minggu lepas.
Agensi penarafan itu berkata di Malaysia, asas kredit bank kekal teguh dan berdaya tahan disokong oleh pengawalseliaan yang kukuh untuk berdepan dengan peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global.
"Berbanding dengan SVB, kami melihat perbezaan asas dalam perniagaan dan profil lembaran imbangan bank perdagangan di Malaysia.
"Bank perdagangan domestik biasanya terlibat dalam lebih banyak aktiviti berian pinjaman berbanding bergantung kepada pelaburan bon yang terdedah kepada kemeruapan pasaran," katanya dalam satu kenyataan semalam.
RAM Ratings berkata, perkadaran aset sistem perbankan domestik yang dilabur dalam sekuriti bon adalah kurang daripada 25 peratus manakala sebaliknya 50 peratus daripada asas aset SVB berada dalam sekuriti tersebut yang membawa kepada kerugian tidak direalisasi sangat besar di tengah-tengah kenaikan kadar faedah yang tinggi di AS.
Selain itu, kurang 40 peratus (purata) pegangan bon dalam lapan bank utama Malaysia diklasifikasikan sebagai dipegang hingga matang (HTM), manakala selebihnya bagi perakaunan nilai saksama.
'Ini bermakna kerugian nilai saksama bagi sekuriti bon telahpun sebahagian besarnya dicerminkan dalam kedudukan modal bank.
"Sebaliknya, SVB mengklasifikasikan hampir 80 peratus sekuriti bon sebagai HTM (hanya kira-kira 20 peratus bagi perakaunan nilai saksama) menunjukkan bahawa kerugian tidak direalisasi masih belum dicerminkan dalam ekuitinya.
"Bon HTM dibawa pada kos terlunas dalam lembaran imbangan memandangkan hasrat untuk memegang sekuriti ini hingga matang, jadi kerugian penilaian saksama tidak direkod dalam modal," katanya.
RAM Ratings berkata kerugian nilai saksama dalam bank Malaysia juga agak kecil, berikutan kenaikan kadar yang sederhana oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan strategi berhemat pegangan bon jangka pendek oleh bank sejak kebelakangan ini.
Nisbah modal tier-1 ekuiti biasa industri perbankan domestik kekal kukuh pada 14.9 peratus pada akhir 2022 daripada 15.5 peratus pada 2021.
"Kerugian penilaian seterusnya, sekiranya berlaku, dijangka tidak teruk memandangkan pendekatan berhati-hati bank pusat dalam menaikkan kadar," kata agensi itu sambil menambah bank di Malaysia kebanyakannya dibiayai oleh deposit pelanggan dengan butiran yang tinggi.
Profil mudah tunai bank-bank juga kukuh dengan aset cair berbanding nisbah deposit kira-kira 20 peratus dan pinjaman bersih berbanding nisbah deposit pada 88 peratus.
Menurut BNM, bank domestik tidak mempunyai pendedahan langsung kepada ketiga-tiga bank AS tersebut.
"Penyeliaan berhemat bank pusat dan rekod prestasi yang baik - yang terbukti membantu dalam krisis kewangan sebelumnya - dijangka memastikan kestabilan kewangan berterusan sistem bank Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

RAM Ratings berkata, 50 peratus daripada asas aset SVB berada dalam sekuriti bon yang membawa kepada kerugian, tidak direalisasi sangat besar di tengah-tengah kenaikan kadar faedah yang tinggi di AS.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

BNM dijangka kekalkan OPR hingga akhir tahun - Kenanga Research
Kenanga Research menjangkakan BBNM telah mencapai penghujung kitaran pengetatan monetarinya dan akan mengekalkan OPR pada 2.75 peratus untuk sepanjang tahun ini.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

Kenaikan OPR: 'Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat' - Gabenor BNM
Nor Shamsiah berkata perbincangan mengenai keputusan kadar terletak pada kesan kenaikan kumulatif OPR yang lalu.

Perkongsian maklumat risikan kewangan serantau dijangka beroperasi sepenuhnya suku kedua 2023 - BNM
Projek itu bertujuan untuk membina mekanisme tindak balas terhadap kes penipuan yang melibatkan transaksi rentas sempadan.

Pasaran perumahan terus mantap pada tempoh separuh kedua 2022 - BNM
Urus niaga pasaran hartanah terus berlegar melebihi paras sebelum pandemik dengan sebahagian besar didorong urus niaga pembelian harta tanah berharga RM500,000 dan ke bawah.

Inflasi keseluruhan, teras diunjur berpurata 2.8-3.8 peratus pada 2023 - BNM
Meskipun trend pertumbuhan dijangka sederhana, inflasi keseluruhan diunjurkan kekal tinggi secara purata pada 2023 disebabkan beberapa faktor penting, antaranya permintaan dalam negeri yang terus kuku

BNM akan kukuhkan sistem kewangan Islam pada 2023
Bank Negara Malaysia akan memberi keutamaan untuk terus membina sistem kewangan Islam berasaskan kekukuhan ekosistem kewangan Islam di Malaysia.

Pasaran kewangan Malaysia kekal teratur di tengah asakan volatiliti pasaran global - Bank Negara
Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur pada Separuh Kedua 2022 (2H 2022) dalam keadaan volatiliti pasaran kewangan global yang ketara, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9 pagi, nilai mata wang tempatan melantun kepada 4.3850/3900 berbanding dolar AS daripada kadar penutup urus niaga Isnin pada 4.4190/4240.