Pengumuman agensi antarabangsa Fitch Ratings Inc. yang memberi prospek stabil kepada Malaysia berbanding negatif sebelum ini membantu meningkatkan pendapatan negara sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, mungkin rakyat tidak menyedari kesan penarafan tersebut kepada mereka dan ekonomi negara khasnya.
"Kesannya ialah apabila penarafannya baik, ekonomi juga akan lebih kukuh, hasil serta pendapatan negara juga bertambah.
"Apabila ia bertambah maka lebih mudah untuk kerajaan melaksanakan projek pembangunan dengan lebih pesat dan menyeluruh ke setiap pelusuk negara," katanya.
Najib berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada warga emas di Masjid Kg Merchong, di sini pada Sabtu.
Fitch Ratings pada Rabu lalu menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan tentang kegawatan ekonomi negara sebelum ini.
Najib berkata, pengiktirafan itu menunjukkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berjaya membawa ekonomi negara di landasan yang betul.
Katanya penarafan itu tidak akan diperoleh jika urus tadbir negara lemah.
Najib kemudian turut menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat sunat hajat mendoakan kesejahteraan kepimpinan Perdana Menteri, bersama lebih 500 penduduk Kampung Merchong.
Terdahulu pada sebelah petang, Najib meluangkan masa bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengacau bubur lambuk di kediaman beliau di Seri Kenangan, di sini untuk diagih-agihkan kepada penduduk di kawasan sekitar.
Bernama
Sat Jul 04 2015
Fitch Ratings pada Rabu lalu menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan tentang kegawatan ekonomi negara sebelum ini.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan
Ia menjangkakan Fed AS, ECB dan Bank of England melaksanakan pemotongan kadar, walaupun ia lebih perlahan daripada jangkaan pasaran.
Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.
Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.
Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil
Menurutnya, Malaysia mempunyai prospek untuk pertumbuhan jangka sederhana yang meluas dan kukuh, disokong lebihan akaun semasa dan asas eksport yang pelbagai.
Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa
Mustapa berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.
Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas
Petronas menegaskan asasnya yang kukuh membolehkan syarikat itu bertahan daripada turun naik dan kejutan dalam pasaran.
Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.
Penarafan Fitch Ratings kembali positif jika pemulihan ekonomi berjaya
Jika kesemua dasar fiskal dan monetari berada di landasan tepat, penarafan serta tinjauan oleh firma penarafan akan kembali positif.
Fitch semak turun penarafan Malaysia, unjuran stabil
Semakan turun berkenaan dibuat berdasarkan krisis COVID-19 menjejaskan beberapa metrik kredit utama Malaysia.