awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarafan Moody's tidak semestinya tepat - Tun M

Bernama
Bernama
24/06/2019
08:41 MYT
Penarafan Moody's tidak semestinya tepat - Tun M
Dr Mahathir ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. --fotoBERNAMA
Keputusan Moody's Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2 daripada A1 tidak semestinya tepat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata keputusan agensi penarafan tersebut tidak akan menjejaskan operasi syarikat pengeluar minyak negara, dan Moody's bebas membuat penilaian mereka.
"Tetapi, apa yang kita lihat, (berdasarkan apa) yang Petronas sedang buat sekarang ini, kita yakin 'penurunan' itu tidak akan menjejaskan progres Petronas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Minyak dan Gas (AOGC) 2019 hari ini.
Moody's turut mengubah unjuran Petronas kepada 'stabil' daripada 'negatif' dan ia menjelaskan bahawa metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, namun diberikan penarafan yang lebih disebabkan semakan semula metodologi silang sektor.
BACA: Petronas tegaskan asas kukuh kekal walaupun penarafan diturunkan Moody's
BACA: Moody's rendahkan taraf Petronas dari A1 ke A2, unjuran 'stabil'
Ia turut melaporkan bahawa hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas, berdasarkan metodologi yang disemak semula itu, tidak boleh menyokong penarafan bagi Petronas, iaitu dua kedudukan lebih tinggi berbanding negara Malaysia.
Hubungan Petronas dengan Malaysia mewujudkan potensi campur tangan kerajaan yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap profil perniagaan atau aliran tunai syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran tunai
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#mata wang asing senior
#minyak
#Moody's Investors Service
#operasi
#penarafan
#penerbit domestik
#Petronas
#profil perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan