KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yakin dapat menghasilkan lebih ramai usahawan yang berjaya melalui pelbagai program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, program anjuran INSKEN yang bersifat handholding amat bersesuaian untuk usahawan termasuk yang baru menceburi bidang keusahawanan.
"Prestasi peserta yang menyertai program latihan dan bimbingan INSKEN sentiasa dipantau bagi memastikan usahawan berada di landasan yang betul.
"Sehingga hari ini, pencapaian cemerlang usahawan yang menghadiri program latihan dan bimbingan INSKEN masih dapat dikekalkan dengan purata peningkatan jualan minima sebanyak 20 peratus.
"Lebih membanggakan apabila ada usahawan yang berjaya merekodkan peningkatan jualan melebihi 200 peratus setelah menyertai program anjuran INSKEN," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Sesi interaktif INSKEN platform usahawan bersama MEDAC - Wan Junaidi
BACA: Total Lockdown: INSKEN perkasa e-BizClinic bantu usahawan
Terdahulu beliau mengadakan perbincangan bersama lebih 200 usahawan pelbagai industri dalam sesi Interaksi Usahawan Bersama Menteri MEDAC selama dua jam secara dalam talian melalui platform Zoom dan Facebook Live.
Turut hadir dalam sesi itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.
Tambah Wan Junaidi, sejak dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau sentiasa memberi penekanan terhadap rekod pencapaian usahawan yang telah menerima bantuan atau menyertai program MEDAC untuk dipantau dari semasa ke semasa.
"INSKEN melaksanakan pemantauan ini melalui salah satu aplikasi yang dikenali sebagai iPro untuk memastikan prestasi usahawan tidak tersasar dan dapat diberikan bantuan dengan segera jika berkeperluan demi pencapaian cemerlang usahawan.
"Selain itu, INSKEN turut mensasarkan untuk mempersiapkan usahawan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang bersesuaian untuk menghadapi situasi pasca COVID-19," katanya.
Sejak Mac lalu, agensi di bawah MEDAC itu juga telah tampil ke hadapan dalam melaksanakan dua sesi Interaksi Usahawan Bersama Menteri secara fizikal yang dihadiri lebih 100 orang usahawan dan lapan sesi Townhall Industri secara atas talian melalui platform Zoom dan Facebook Live dengan pembabitan 11,000 usahawan.
Objektif sesi itu adalah bagi memberi peluang kepada usahawan untuk berkongsi pendapat, cadangan serta maklum balas mengenai situasi perniagaan mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Astro Awani
Thu Jun 10 2021
Wan Junaidi berkata, program anjuran INSKEN yang bersifat handholding amat bersesuaian untuk usahawan termasuk yang baru menceburi bidang keusahawanan. - Gambar/ MEDAC
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.
Peruntukan kepada PKMS tidak bererti jika berhadapan birokrasi - Gapan
Peruntukan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) seperti yang diumum di dalam Bajet 2022 tidak membawa erti jika penyaluran bantuan tersebut lambat dan berhadapan birokrasi.
CBP bakal perkenal produk baharu perbankan runcit - Noh Omar
RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus.
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News
Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum Perkeso - Noh Omar
Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
Kerajaan komited bantu ekonomi gerakkan koperasi - Mas Ermieyati
Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Kata Ibrahim, SKM melalui Medac mendapatkan kelulusan daripada KKM dan MKN untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.