awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan

Najib Aroff
Najib Aroff
14/02/2021
06:48 MYT
Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan
Pembayaran Fasa 1 BPR juga akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021 lepas.
KUALA LUMPUR:Tarikh bagi pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021 berbanding 15 Januari yang ditetapkan sebelum ini.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ini bagi memastikan BPR akan diterima golongan yang benar-benar layak, selain mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.
"Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19," katanya dalam kenyataan media.
Zafrul berkata dengan adanya proses pendaftaran baharu dan kemas kini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk disahkan semula.
Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.
Pembayaran Fasa 1 BPR juga akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021 lepas.
Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021.
Setakat ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu disahkan dan disemak silang di dalam sistem.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#BPR
#bantuan prihatin rakyat
#BSH
#ekonomi
#PERMAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan