KUALA LUMPUR: Pendaftaran kenderaan Perodua pada Ogos 2022 meningkat sebanyak 42 peratus kepada 26,039 unit berbanding 18,346 kenderaan dicatatkan pada Julai 2022 berikutan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata dari segi pengeluaran, Ogos adalah bulan terbaik setakat tahun ini dengan 28,036 unit dihasilkan, membawa kepada peningkatan yang baik dalam penghantaran untuk semua model.
Katanya Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi (6,252 unit) dan Axia (4,857 unit).
"Kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami.
"Perodua Alza baharu kami menerima 51,000 tempahan setakat ini, dengan 7,682 unit telah didaftarkan pada Julai dan Ogos," katanya dalam kenyataan semalam.
Zainal Abidin berkata peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan kekurangan pekerja di peringkat operasi pembekalnya.
"Bagaimanapun, isu ini telah diatasi pada masa ini," katanya.
Katanya pihaknya turut memantau kenaikan harga bahan mentah pada masa ini dan bekerjasama dengan ekosistem mengenai cara terbaik untuk mengurangkan impak tersebut terhadap operasinya.
Bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini, Perodua menyaksikan kenaikan sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 104,933 unit didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Bagaimanapun, Zainal Abidin berkata perbandingan bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini terganggu berikutan negara menjalani sekatan pergerakan antara 1 Jun, 2021 dan 15 Ogos, 2021, dan pada masa itu, semua operasi bukan keperluan telah digantung.
"Dari Januari hingga Ogos lepas, Perodua Myvi masih kekal sebagai model paling laris kami apabila 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Zainal Abidin berkata dari segi pengeluaran, Ogos adalah bulan terbaik setakat tahun ini dengan 28,036 unit dihasilkan. - Foto fail
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia berharga bawah RM100,000
MITI akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.