awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peneroka berpeluang jana pendapatan lebih baik menerusi Felda MADANI

Bernama
Bernama
11/09/2023
07:51 MYT
Peneroka berpeluang jana pendapatan lebih baik menerusi Felda MADANI
Anwar berkata usaha itu termasuk pelaksanaan program peningkatan keterjaminan makanan dan langkah drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Felda MADANI akan membantu para peneroka Felda untuk mempunyai peluang menjana pendapatan yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata usaha itu termasuk pelaksanaan program peningkatan keterjaminan makanan dan langkah drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain.
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini mengumumkan kerajaan sedang menimbangkan usaha drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain seperti sawit, kelapa atau tanaman lain yang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri masing-masing.
Bagi meningkatkan kualiti hidup dan memelihara kebajikan warga Felda, Anwar berkata kerajaan turut memperkenalkan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 bagi warga peneroka berumur 65 tahun ke atas.
"Selain itu, 12 pusat hemodialisis akan dibina di semua wilayah Felda dan sebuah di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya," katanya.
Insentif SKR yang akan memanfaatkan 70,715 peneroka dan melibatkan peruntukan RM21.21 juta diumumkan Anwar pada sambutan Hari Peneroka Felda 2023 Peringkat Kebangsaan di Serdang, Selangor 7 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK12
#Felda MADANI
#peneroka
#tanaman komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan