KUALA LUMPUR: Penganalisis percaya Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingkat menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus menjelang tahun depan.
Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi dan BNM akan meneruskan lagi pengetatan dasarnya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang.
Dalam satu nota penyelidikan, Kenanga Investment Bank Bhd berkata kenaikan kadar selanjutnya dijangka sebahagian besarnya disebabkan oleh tekanan menaik terhadap inflasi berikutan peningkatan harga makanan dan pemulihan yang berterusan dalam permintaan domestik seperti yang ditunjukkan oleh penunjuk frekuensi tinggi terkini seperti kadar pengangguran, jualan runcit dan import.
Ini juga selari dengan kitaran pengetatan dasar monetari bank pusat global terutamanya untuk memerangi kenaikan inflasi, katanya.
"Namun begitu, tidak mungkin BNM akan memulakan kitaran pengetatan yang agresif seperti kenaikan 50 mata asas (bps) melainkan kadar inflasi melebihi julat sasarannya didorong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan.
"Begitu juga kami mengekalkan unjuran kami yang BNM akan menaikkan OPR secara beransur-ansur sebanyak 25 mata asas setiap satu dalam mesyuarat MPC September dan November, dengan kenaikan terakhir pada suku pertama 2023.
"Oleh itu, kadar dasar dijangka berakhir pada 2.75 peratus menjelang akhir tahun ini dan 3.00 peratus untuk 2023," katanya.
Sementara itu, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata BNM dijangka memantau perkembangan ekonomi pada masa hadapan, terutamanya jika pertumbuhan permintaan domestik kukuh dan tidak terkawal di tengah-tengah subsidi yang besar.
"Dilihat pada keadaan itu, kenaikan kadar ketiga tahun ini mungkin akan berlaku.
"Tahun depan, kami mengunjurkan 50 mata asas lagi dalam kenaikan kadar, menjadikan OPR akhir 2023 ialah pada 3.00 peratus," katanya.
AmBank Research pula menjangkakan BNM mengambil pendirian yang lebih agresif dalam usaha meredakan inflasi dan membantu menyokong nilai ringgit bukan sahaja berbanding dolar AS tetapi juga pada kadar silang.
"Kami berpendapat kenaikan 50 mata asas sekali gus tidak mungkin.
"Kami berpandangan bahawa OPR akan berakhir antara 2.50 peratus-2.75 peratus pada 2022, mencadangkan satu hingga dua lagi kenaikan kadar, dengan dua lagi kenaikan pada 2023 kepada 3.00 peratus-3.25 peratus," tambah firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Penganalisis percaya BNM akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingkat menaikkan OPR kepada 3.00 peratus menjelang tahun depan. -Gambar fail/Bernama
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Malaysia tidak akan berdepan krisis imbangan pembayaran - Timbalan Gabenor BNM
Malaysia tidak akan menghadapi krisis imbangan pembayaran (BOP) kerana negara sentiasa mencatatkan lebihan akaun semasa secara konsisten, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzuni
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Bank Negara fokus tingkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam tahun ini
Bank Negara Malaysia menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia.