awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian cukai eksport akan meningkatkan eksport FGV

Kenyataan Media
Kenyataan Media
09/01/2018
10:57 MYT
Pengecualian cukai eksport akan meningkatkan eksport FGV
Operasi perniagaan teras FGV telah mencatatkan prestasi baik untuk keseluruhan tahun 2017.
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan untuk mengecualikan cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) untuk tempoh tiga bulan dijangka memberi faedah kepada syarikat perladangan yang mempunyai operasi besar dalam sektor huluan dan mengukuhkan harga komoditi berkenaan pada suku pertama tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata, pemain industri berhadapan dengan isu stok MSM yang tinggi dan pengukuhan Ringgit yang menekan harga MSM kepada sekitar RM2,500 per MT.
“Tindakan kerajaan untuk melaksanakan pengecualian cukai eksport adalah tepat pada masanya dan merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan stok MSM berikutan permintaan tinggi dari China sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang" .
“Dengan perkembangan ini, kami ( FGV ) menjangkakan peningkatan permintaan kira-kira 30-50 peratus dalam jumlah eksport daripada negara pengimport utama seperti India, Pakistan, China dan Eropah. Ini juga membolehkan kami meningkatkan bekalan ke kilang penapisan usaha sama kami di Pakistan pada harga yang lebih kompetitif” ujar beliau.
Dato’ Zakaria berkata, berdasarkan keadaan ini, FGV menjangkakan purata harga MSM bagi suku pertama 2018 akan meningkat sedikit dan didagangkan pada sekitar RM2,650 per MT hingga RM2,750 per MT.
Sementara itu, mengulas mengenai prestasi keseluruhan tahun 2017, Dato’ Zakaria berkata, operasi perniagaan teras FGV telah mencatatkan prestasi yang baik dengan pertumbuhan positif pengeluaran buah tandan segar (BTS) berbanding tahun 2016.
“Untuk tahun 2018, kami tetap komited dalam melaksanakan Pelan Strategik 2020 (SP20) dengan prestasi perniagaan teras yang lebih baik, memperkukuh kedudukan kewangan, meningkatkan tadbir urus dalam semua sektor dan budaya prestasi tinggi yang akan memberikan nilai berterusan kepada para pemegang saham,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#China
#FGV
#India
#Pakistan
#pengecualian cukai eksport
#peningkatan
#permintaan
#ringgit
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan