awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar komponen automotif tempatan mampu bersaing di pasaran antarabangsa - Mustapa

Bernama
Bernama
17/02/2014
04:06 MYT
Pengeluar komponen automotif tempatan mampu bersaing di pasaran antarabangsa - Mustapa
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad. --Gambai Fail
Syarikat pengeluar komponen automotif tempatan boleh bersaing dalam pasaran antarabangsa jika mereka mampu mengekalkan kualiti dan pada masa yang sama menawarkan harga yang berpatutan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata kejayaan beberapa syarikat tempatan seperti Kumpulan S.P Chong yang berjaya menembusi 52 peratus pasaran Jepun, Indonesia, China, Iraq, Sri Lanka, Singapura, Mauritius, Oman dan Libya, membuktikan keyakinan pihak luar terhadap produk tempatan.
"Bagi memastikan komponen automotif tempatan terus menjadi pilihan antarabangsa, syarat utama ialah kualiti dan harga yang berpatutan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Gong Badak di sini.
Beliau berkata Kumpulan SP Chong yang terlibat dalam pembuatan pad brek kenderaan, melabur lebih RM60 juta sejak ditubuhkan pada 1998.
Menurutnya kejayaan pengeluar kereta nasional, Proton, menggunakan 90 peratus komponen tempatan, membuktikan produk Malaysia diiktiraf di dunia.
Sementara itu Mustapa berkata sektor pelaburan di Terengganu kini pesat berkembang dan menggalakkan, dan Miti akan terus menjalin kerjasama erat dengan pihak-pihak terlibat bagi memastikan kelangsungan usaha itu.
Mustapa 'turun padang sehari ke Terengganu dengan melawat beberapa pusat Industri Kecil dan Sederhana sekitar Kawasan Perindustrian Gong Badak, Pulau Kerengga dan Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Topic Berkaitan
#bersaing
#harga
#komponen automotif
#kualiti
#Mustapa Mohamad
#pasaran antarabangsa
#syarikat pengeluar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan