KUALA LUMPUR:Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengesahkan pengeluaran gas sulung dari medan Rotan dan Buluh di Blok H, luar pantai Sabah pada 6 Feb lepas, meningkatkan lagi, potensi pelaburan petroleum di Malaysia.
Petronas dalam satu kenyataan berkata PTTEP Sabah Oil Ltd, subsidiari PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP) adalah pengendali Blok H, yang bekerjasama dengan PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi dan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd.
PTTEP merupakan syarikat penerokaan dan pengeluaran petroleum nasional di Thailand, manakala Pertamina adalah syarikat minyak dan gas asli milik Indonesia.
Naib Presiden Kanan Petronas untuk Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan berkata pengeluaran gas itu mencerminkan kerjasama yang mantap antara Petronas dan pelabur.
''Kedua-dua pihak berkongsi kepakaran serta teknologi untuk mengewangkan medan gas laut dalam yang terpencil dengan memindahkan hasil melalui PFLNG DUA yang dikendalikan oleh PETRONAS Floating LNG Ltd.
''Selepas jangkaan penghantaran komersial kargo LNG pertamanya menjelang pertengahan Mac 2021, PETRONAS akan menjadi syarikat tenaga global pertama yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan LNG terapung,'' katanya, sambil menambah, sokongan padu daripada kerajaan Sabah juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan pencapaian itu.
Dengan kemampuan mengeluarkan hasil dari kedalaman air melebihi 1,100 meter, projek ini menandakan satu lagi pencapaian dalam sektor huluan Malaysia kerana ia merupakan medan gas laut dalam pertama yang dilengkapi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 270 juta kaki padu standard sehari (MMSCFD).
Gas itu kemudiannya, diterima oleh platform Terapung Gas Asli Cecair kedua PETRONAS (FLNG), fasiliti PFLNG DUA untuk pasaran eksport LNG.
Penghasilan dari Blok H menyertai aliran pengeluaran sedia ada yang merangkumi tiga blok laut dalam di luar pesisir Malaysia.
Tambahan empat blok laut dalam sedang ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 26 Feb 2021.
"Petronas mengalu-alukan pelaburan selanjutnya untuk membuka potensi laut dalam, sejajar dengan usahanya untuk merealisasikan wawasan bagi menjadikan Malaysia sebagai hab laut dalam di Asia Tenggara," kata syarikat minyak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Petronas telah mengesahkan pengeluaran gas sulung dari medan Rotan dan Buluh di Blok H, luar pantai Sabah pada 6 Feb lepas. - Reuters
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.