KUALA LUMPUR: Penggiat kewangan Islam Malaysia perlu mengelak bekerja secara silo dalam usaha untuk mewujudkan dunia yang berdaya tahan, cekap, mampan dan inklusif untuk semua pihak, kata sarjana Syariah Malaysia terkemuka Tan Sri Mohd Daud Bakar.
Beliau berkata penggiat kewangan Islam juga perlu memahami permintaan dan penawaran semasa serta galakan, sokongan dan inspirasi kerajaan dan pengawal selia untuk bergerak ke hadapan dan mampan.
Katanya kewangan Islam bermula dengan permulaan yang sederhana, memberi tumpuan kepada penggiat kewangan Islam tempatan sebelum ke arah menarik institusi kewangan berasaskan Barat untuk menyertainya.
Bagaimanapun, tema tumpuan baharu akhir-akhir ini ialah keterangkuman kewangan dan lebih tepat selepas impak ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19 di seluruh dunia, kata sarjana itu.
"Kita perlu berani untuk melihat kepada keperluan semasa masyarakat dan seterusnya menawarkan margin kos urus niaga dan pembiayaan yang lebih rendah dengan matlamat utama untuk menawarkan sistem kewangan yang memberi manfaat kepada semua, unit lebihan dan defisit dalam masyarakat," katanya kepada Bernama di luar Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2022 (KLIFF) ke-17 baru-baru ini.
Mengenai insentif, katanya kerajaan dan pengawal selia perlu melihat kepada cara untuk memberi insentif kepada penggiat kewangan Islam, tidak semestinya dari segi kewangan tetapi dari segi moral dan galakan untuk benar-benar membantu masyarakat pada peringkat semasa.
"Orang ramai kini memerlukan kos perumahan yang lebih rendah dan peluang untuk bekerja. Kita perlu mewujudkan peluang untuk mereka dan bank perlu melihat perkara ini dengan serius.
"Berdaya tahan dan cekap bukan sahaja untuk menjana wang tetapi juga untuk membantu keperluan semasa masyarakat," tegas Mohd Daud.
Selain itu, katanya penggiat kewangan Islam juga perlu melihat kepada pembangunan tenaga kerja pada masa depan berikutan terdapat kebimbangan mengenai kekurangan tenaga kerja dalam perbankan dan kewangan Islam dari pelbagai jabatan.
Beliau turut menyokong idea daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai penubuhan institusi kewangan Islam ASEAN untuk memudahkan kemasukan pelaburan asing untuk membiayai infrastruktur dan projek seumpamanya di rantau ini.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada majlis perasmian KLIFF 2022.
Mohd Daud menjelaskan bahawa negara-negara ASEAN mempunyai jumlah penduduk yang tertinggi, selain China dan India, dengan 700 juta orang dan, sebagai negara membangun, mereka masih memerlukan perbelanjaan pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya, loji janakuasa dan infrastruktur rawatan air.
"ASEAN merupakan lokasi yang wang boleh diedarkan hampir serta-merta berikutan ia mempunyai kapasiti, sumber dan pengguna pada masa yang sama. Terdapat Bank Pembangunan Asia di Manila untuk seluruh Asia tetapi tiada untuk negara-negara ASEAN dan terutamanya untuk pembiayaan Islam.
"Mempunyai institusi kewangan sedemikian adalah strategik berikutan dari segi geografi, kita terletak secara bersebelahan antara satu sama lain. Kita memahami antara satu sama lain dan sangat stabil. Perkumpulan itu telah melaksanakan banyak perkara bersama dalam sukan dan hiburan selama ini, jadi mengapa tidak dari segi kewangan," katanya.
Sebagai langkah awal, Mohd Daud berkata kerajaan Malaysia perlu menerima idea ini dengan melihat kepada nilai penubuhan sedemikian dan bagi mereka di peringkat Sekretariat di ASEAN untuk mengemukakan kertas putih kepada jawatankuasa kerja ASEAN.
Menekankan keperluan kepada kerjasama, terdapat gesaan di KLIFF 2022 untuk Malaysia bekerjasama rapat dengan Indonesia untuk memperluas dan mempromosikan sistem kewangan Islam di peringkat global.
Sebagai respons kepada perkara tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan komuniti kewangan Islam global untuk pembangunan kewangan Islam di peringkat serantau dan global.
BNM berkata pihaknya akan terus melaksanakan dan mengukuhkan hubungan dan kerjasama kewangan antara Malaysia dan Indonesia serta negara-negara lain untuk menyokong pembangunan kewangan Islam.
Antara komponen utama kerjasama dengan Indonesia termasuklah usaha untuk meningkatkan peranan kewangan Islam untuk menyokong aktiviti perdagangan halal antara kedua-dua negara serta rakan dagang serantau yang lain, menurut bank pusat itu.
Katanya kehadiran institusi kewangan Malaysia di Indonesia dan sebaliknya akan memberikan manfaat kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Mohd Daud berkata, sebagai negara membangun, negara-negara ASEAN masih memerlukan perbelanjaan pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya, loji janakuasa dan infrastruktur rawatan air. - Gambar fail/BERNAMA
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Penggiat kewangan Islam Malaysia perlu elak bekerja secara silo untuk berdaya tahan - Sarjana Syariah
Mereka perlu memahami galakan, sokongan dan inspirasi kerajaan dan pengawal selia untuk bergerak ke hadapan dan mampan.