SINGAPURA: Jumlah pengguna e-dagang di rantau Asia Tenggara dijangka meningkat ke 413 juta pada 2025 dengan kenaikan sebanyak enam peratus pada ketika ini.
Dalam satu laporan kajian yang dijalankan platform pasaran perkidmatan dagangan elektronik (e-dagang), Lazada, peningkatan daripada 57 peratus kepada 63 peratus itu akan mengukuhkan lagi platform berkenaan sebagai enjin carian baharu.
Laporan kajian mengenai tabiat pembeli di Asia Tenggara itu turut menjelaskan, selebihnya masih menggunakan enjin carian sedia ada dan media sosial bagi mencari dan membuat pembelian mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, James Dong, tabiat dan pemikiran pengguna ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan platform e-dagang dengan pelbagai pilihan dan tawaran.
“Perubahan tabiat dan pemikiran ini dilihat semakin jelas sejak dua tahun lalu yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencari barangan yang berkualiti, asli dan pengalaman yang baik.
“Untuk mencapai pertumbuhan yang mampan, bertahan lama, kami komited memastikan pengalaman pengguna pada tahap yang baik termasuk memperkenalkan ciri-ciri baharu dan mudah pengguna,” katanya ketika berucap di Lazada Brands Future Forum (BFF) 2022 di Resort World Sentosa, di sini, pada Khamis.
Kajian berkenaan dijalankan ke atas 38,138 pengguna e-dagang di enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Dong juga yakin pengguna akan terus menggunakan platform e-dagang untuk membuat pembelian, di mana
laporan menyatakan lapan daripada 10 pengguna meneruskan pembelian secara dalam talian kerana ia mudah dan selesa dengan tawaran menarik oleh platform e-dagang.
Perubahan tabiat ini, kata beliau, mendorong kepada pentingnya solusi pemasaran e-dagang dan pendigitalan perniagaan untuk kekal berdaya tahan dan relevan di pasaran.
Ia menuntut langkah dan strategi untuk untuk membantu memudahkan urusan pencarian serta pembelian barangan di platform Lazada.
Katanya, semestinya peniaga dan jenama juga akan mendapat manfaat daripada platform ini.
“Dan peniaga dan jenama juga mempunyai peluang untuk mengembangkan perniagaan dengan Lazada serta berhubung dengan potensi pembeli yang baik.
“Dengan mencipta ekosistem terbuka melalui kerjasama dengan rakan niaga seperti peruncitan, logistik dan pembayaran, ia membantu jenama, penjual untuk mengembangkan perniagaan dalam dunia digital,” jelasnya.
Lazada kini menjangkau usia 10 tahun semakin mengukuh pasaranya di enam negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Hafizi Rosli
Thu Sep 01 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, James Dong ketika memberikan ucapan ketika Lazmall Brands Future Forum (BFF) 2022, di Resort World Sentosa, Singapura - Foto/Lazada
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
Lazada umum pengenalan caj SST 8% berkuat kuasa hari ini
Caj perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas yuran transaksi, yuran komisen penggunaan Lazada, dan juga sebarang yuran melibatkan program promosi oleh seseorang penjual.
Lazada diiktiraf majikan pilihan pada dua anugerah sumber manusia
Sementara itu bagi GRADUAN Brand Awards 2022, Lazada muncul naib johan Majikan Pilihan Malaysia 2022 bagi kategori keseluruhan.
Pengguna e-dagang di Asia Tenggara dijangka meningkat ke 413 juta pada 2025
Lapan daripada 10 pengguna meneruskan pembelian secara dalam talian kerana ia mudah dan selesa dengan tawaran menarik.
TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS
TNG Digital Sdn Bhd raih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta daripada Lazada Group serta pemegang-pemegang saham yang lain.
Lazada bekerjasama dengan MPS pastikan pembelian produk kesihatan lebih terjamin
Kerjasama strategik ini bakal memangkin visi ke arah merealisasikan pembentukan ekosistem eDagang yang berteraskan kepercayaan yang kukuh dalam kalangan para pengguna.
Tentera Thailand boikot Lazada
Langkah itu diambil selepas Lazada didakwa mengeluarkan iklan yang menyinggung institusi (diraja) dan memberi kesan kepada rakyat Thailand.
Jelajah O2O anjur pelbagai aktiviti menarik, hadiah lumayan - Lazada
Pelbagai aktiviti menarik dan strim langsung termasuk baucar sehingga RM12,000 serta hadiah hampir RM25,000 untuk dimenangi orang ramai.
Ingin pacu perniagaan dengan Lazada? Ini tawaran menarik yang anda perlu rebut!
Bagaimana platform beli-belah terkemuka Lazada dapat membantu perniagaan anda? Jom kami kongsikan!
PKMS catat jualan cecah jualan jutaan ringgit sehari dalam kempen 11.11 Lazada
Ketika ekonomi tempatan pulih secara beransur-ansur, PMKS tempatan terus membangun pada kadar yang pantas.