Pengguna Whatsapp gembira dengan ciri panggilan suara percuma

Astro Awani
April 1, 2015 10:30 MYT
Whatsapp kini meninjau pasaran suara melalui protokol internet (VoIP) dengan ciri terbaharu untuk Android dan iOS.
Dalam kekecohan pengguna hari ini yang mahu mencuba segala macam cara berjimat kerana tidak pasti dengan impak pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), aplikasi Whatsapp secara kebetulan dan rasmi telah memperkenalkan fungsi panggilan suara.
Ia merupakan ciri yang selama ini hanya dapat digunakan oleh pengguna rawak berdasarkan jemputan.
Pengguna Whatsapp kini boleh menghubungi senarai kenalan mereka di mana-mana sahaja melalui sambungan WiFi atau 3G/4G.
Selepas mencipta nama dengan menawarkan khidmat penghantaran teks percuma, Whatsapp meninjau pasaran suara melalui protokol internet (VoIP) dengan ciri terbaharu untuk Android dan iOS.
Pada tab ‘Calls’, pengguna boleh membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk. Mereka yang tidak memberi respons pada panggilan tersebut akan menerima notifikasi panggilan tidak berjawab.
Perkembangan terkini itu memberi saingan sengit buat aplikasi komunikasi Skype daripada Microsoft dan juga Viber daripada Rakuten.
Dengan skala pengguna Whatsapp berjumlah lebih 500 juta di seluruh dunia, aplikasi itu juga merupakan alternatif yang signifikan kepada pelan berbayar pengendali rangkaian mudah alih.
Sementara itu di media sosial, pengguna Whatsapp seluruh dunia memberikan maklum balas baik terhadap ciri terbaharu tersebut.

WhatsApp icon finally makes sense.

— Pytha_Gauri Theorem (@Dramebaaz_Porgi) April 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So now WhatsApp can make calls. Lovin' this app even more!

— Ben.G (@b3njamingabriel) April 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

New @WhatsApp calls are free? I can call my friends in other countries for free? #WhatsAppCalls #WhatsApp

— Antonino Giurdanella (@antogiurda) April 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Whatsapp's new update /p>— Stabler. (@dylaanjerome) April 1, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

ATTENTION EVERYBODY! You can now make free calls around the world on WhatsApp. http://t.co/rr04ppxyUJ pic.twitter.com/HJJac8tgp1

— Nairobi News (@Nairobi_News) April 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#panggilan suara #WhatsApp