awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguasaan pasaran kapasiti penjanaan bersih Malakoff meningkat

Mohamad Fauzi Ishak
Mohamad Fauzi Ishak
21/03/2016
09:20 MYT
Penguasaan pasaran kapasiti penjanaan bersih Malakoff meningkat
Loji Janakuasa Tanjung Bin Energy (T4). - Foto Malakoff
Kejayaan permulaan operasi loji Janakuasa Tanjung Bin Energy (TBE) atau dikenali sebagai T4, bakal meningkatkan penguasaan pasaran Malakoff Corporation Berhad ke atas kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia.
Ia akan meningkatkan penguasaan pasaran Malakof kepada 29 peratus dari 24 peratus sebelumnya.
Dengan adanya T4 itu, kapasiti penjanaan yang dibekalkan oleh syarikat berkenaan akan meningkat kepada 6,346 megawat (MW) daripada enam janakuasa di seluruh negara.
Menurut Penolong Pengarah Projek Tanjung Bin Energy Sdn Bhd Mohd Syahrul Izwan Ismail, T4 akan menyediakan kapasiti tambahan sebanyak 1,000 MW bersamaan hampir dua juta pengguna bagi Semenanjung Malaysia.
"Stesen tenaga TBE akan menawarkan kapasiti tambahan 1,000 MW untuk Semenanjung Malaysia, menyediakan tenaga bersamaan kepada hampir dua juta penduduk.
“Semasa pembinaan, projek tersebut memberi kesan positif kepada pembangunan sosio ekonomi kepada masyarakat sekeliling dan negara secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke stesen tenaga TBE di sini, hari ini.
Pada masa kini, jumlah kapasiti penjanaan untuk seluruh Semenanjung Malaysia adalah 22,600 MW yang dihasilkan Tenaga Nasional Berhad dan pengeluar tenaga bebas (IPP).
"Kejayaan pentaulihan TBE menandakan peristiwa penting untuk Malakoff dan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat itu sebagai IPP terkemuka di Malaysia," katanya.
T4 yang menelan kos hampir RM6.7 bilion itu dibangunkan di atas tanah 65 hektar di Kompleks Jana Kuasa Tanjung Bin, Pontian Johor.
Menerusi Bursa Malaysia hari ini, Malakoff Corp berkata bahawa T4 dijangka akan menyumbang dan meningkatkan keuntungan kumpulan itu bagi kewangan bagi 31 Disember tahun ini dan seterusnya.
Topic Berkaitan
#Malakoff
#T4
#Tanjung Bin Energy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan