awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak jejas jaringan sosial rakyat'

Bernama
Bernama
22/01/2016
06:31 MYT
'Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak jejas jaringan sosial rakyat'
JOHARI: Pemberian subsidi bersasar seperti BR1M dan pendidikan tidak akan ditamatkan.
Pengubahsuaian Bajet 2016 sama sekali tidak akan menjejaskan jaringan keselamatan sosial rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.
"(Pemberian) subsidi bersasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pendidikan, tidak akan ditamatkan," katanya selepas merasmikan pembukaan galeri jualan Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini, hari ini.
Mengulas langkah Bank Negara Malaysia Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) institusi perbankan kepada 3.5 peratus daripada 4.0 peratus, berkuat kuasa 1 Februari ini, Johari menyifatkannya sebagai wajar bagi mewujudkan kecairan atau mudah tunai dalam negara.
"Bagi saya, berdasarkan anggaran, sebanyak RM6.0 bilion akan dapat diserapkan ke dalam pasaran yang mampu mewujudkan lebih banyak aktiviti," katanya.
Sementara itu, menurut syarikat konsortium BBCC Development Sdn Bhd (BBCCD), fasa pertama projek BBCC dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4.0 bilion, siap untuk dilancarkan menjelang suku kedua 2016.
BBCCD ditubuhkan bagi pembangunan semula kawasan bekas Penjara Pudu berkeluasan 7.85 hektar dengan pemegang sahamnya adalah UDA Holdings Bhd dan Eco World dengan kepentingan masing-masing 40 peratus dan selebihnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Merujuk pembabitan Bumiputera dalam projek BBCC itu, beliau berkata konsortium berkenaan sudah memulakan usaha menyenaraikan kontraktor Bumiputera, termasuk syarikat tersenarai untuk menyertai projek pembangunan itu.
Topic Berkaitan
#Bajet 2016
#Bank Negara Malaysia
#JOHARI ABDUL GHANI
#Nisbah Keperluan Rizab Berkanun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan