awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga disaran segerakan pendaftaran bantuan GKP - Tengku Zafrul

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/04/2021
09:25 MYT
Peniaga disaran segerakan pendaftaran bantuan GKP - Tengku Zafrul
Masih terdapat ramai peniaga mikro dan PKS yang masih belum mendaftar bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro disarankan agar segera mengambil peluang bagi memanfaatkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) bagi memulihkan perniagaan mereka akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, masih terdapat ramai peniaga mikro dan PKS yang masih belum mendaftar bagi mendapatkan bantuan khas tersebut.
Bantuan Khas GKP yang telah dimulakan sejak tahun lalu kini telah memasuki siri ketiga.
"Ketika lawatan turun padang Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, ramai yang mengunjungi kaunter sementara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 3.0.
"Saya ingin maklumkan, permohonan GKP 3.0 masih dibuka sehingga 15 April 2021. Mereka yang belum mendaftar bolehlah berbuat demikian segera," katanya ketika membentangkan Laporan Laksana ke-48 Pelaksanaan Inisiatif pada Rabu.
Tengku Zafrul berkata, selain GKP 3.0, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengumumkan bahawa nilai ambang keterhutangan bagi syarikat yang dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000, akan diteruskan berkuat kuasa 1 April lalu.
Inisiatif ini, katanya, adalah susulan keadaan ekonomi global dan dalam negara yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih akibat pandemik COVID-19.
[TERKINI] Laporan LAKSANA ke-48 Pelaksanaan Inisiatif
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Tengku Zafrul
#Menteri Kewangan
#GKP3 0
#COVID-19
#pandemik
#Kementerian Kewangan
#LAKSANA
#GKP 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan