BISNES
Penilaian IMF cerminkan disiplin fiskal Malaysia, komitmen terhadap pembaharuan - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata pengiktirafan IMF terhadap Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelan tindakan kerajaan yang jelas untuk mengurangkan defisit fiskal. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia mencerminkan pengurusan fiskal negara yang berhemat, permintaan domestik kukuh dan komitmen terhadap pembaharuan struktur di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Ringkasan AI
Beliau berkata pengiktirafan IMF terhadap Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelan tindakan kerajaan yang jelas untuk mengurangkan defisit fiskal menggariskan disiplin fiskal Malaysia dan komitmen terhadap kestabilan jangka panjang dan pertumbuhan mampan.
"Dengan inflasi kekal rendah, ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik, pelaburan asing yang diluluskan dalam paras tertinggi dan inisiatif berpandangan ke hadapan di bawah Rancangan Malaysia ke-13, negara berada pada kedudukan baik untuk mengharungi ketidakpastian global, pada masa sama memajukan pembangunan inklusif dan integrasi ASEAN secara lebih mendalam," katanya dalam catatan di LinkedIn pada Jumaat.
Terdahulu, Ketua Misi IMF untuk Malaysia, Masahiro Nozaki berkata semasa rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pihak berkepentingan lain bahawa komitmen Malaysia terhadap pengurusan fiskal berhemat telah ditunjukkan melalui kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang penting pada 2023 dan pengurangan defisit fiskal yang stabil sejak 2022.
Nozaki berkata kakitangan IMF menyambut baik rancangan pihak berkuasa untuk mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026 dan kepada 3.0 peratus daripada KDNK menjelang 2028.
"Terus membina semula penampan fiskal menerusi langkah-langkah hasil dan perbelanjaan yang berkualiti tinggi dan mampan kekal kritikal, memandangkan hutang kerajaan persekutuan, berada pada 64.6 peratus daripada KDNK pada akhir 2024, kekal melebihi paras pra-pandemik.
"Kakitangan IMF juga mengalu-alukan usaha berterusan untuk memperkukuh ketelusan fiskal dan kecekapan perbelanjaan termasuk kelulusan Akta Perolehan Kerajaan yang baharu. Inflasi dengan purata 1.4 peratus sepanjang tempoh Januari-Oktober 2025, diunjurkan kekal stabil dan secara beransur-ansur kembali kepada purata jangka panjangnya iaitu 2.0 peratus," katanya.
Dalam konteks ini, Nozaki berkata kakitangan IMF menilai pendirian dasar monetari ketika ini adalah bertepatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- IMF mengiktiraf prestasi ekonomi Malaysia disebabkan pengurusan fiskal yang berhemat, permintaan domestik kukuh, dan komitmen terhadap pembaharuan struktur di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI.
- Malaysia dianggap disiplin fiskal dengan defisit fiskal berkurang sejak 2022, pelaburan asing tinggi, inflasi rendah, dan mata wang yang kukuh.
- IMF mengalu-alukan usaha Malaysia untuk terus mengurangkan defisit fiskal hingga ke paras 3.0 peratus daripada KDNK menjelang 2028, sambil mempertingkatkan ketelusan fiskal dan kecekapan perbelanjaan.